Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

FIFA Puskas Award Milik Mohd Faiz Subri

Selasa, 10 Januari 2017M, 11 Rabiulakhir 1438H - Sejak bulan Disember tahun lalu, saya amat kurang menghasilkan blog posting ekoran kekangan beberapa aktiviti lain. Tetapi, kejayaan Faiz Subri yang telah dinobatkan sebagai Pemenang FIFA Puskas Award malam tadi di Zurich telah menyuntik semangat saya untuk melakarkan blog posting ini khas untuk beliau. Malam tadi di Zurich, Switzerland, Mohd Faiz Subri telah diisytiharkan sebagai Pemenang FIFA Puskas Award dengan menewaskan dua calon lain, Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela. Kemenangan ini telah meletakkan beliau sebaris dengan para pemain bolasepak terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Ibrahimovic yang telah memenangi Anugerah tersebut sebelum ini.       Faiz Subri juga merupakan anak Malaysia dan pemain Asia yang pertama memenangi Award berkenaan. Ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan besar bagi Faiz Subri. Kejayaan ini pasti akan mengharum dan melonjakkan nama Malaysia di ...