Ahad, 12 Julai 2026 BN menang besar di PRN Johor semalam dengan memenangi 48 kerusi, sementara PH hanya memperolehi 8 kerusi. Prestasi bergaya ini melepasi dua pertiga majoriti untuk membentuk dan mentadbir Kerajaan Negeri Johor selama 5 tahun lagi. Dari angka BN 48 ini, Umno menang 36 kerusi, MCA 8 dan MIC 4. PH kalah teruk dengan PKR 1 kerusi, DAP 6 dan Amanah 1. Parti-parti lain tewas tanpa menang satu kerusi pun. Kemenangan besar PRN ini merupakan kebangkitan semula BN selepas kemerosotan prestasi dalam PRU-15 dalam tahun 2022. BN mungkin meniup semangat kemenangan Bonanza ini untuk PRN Negeri Sembilan akan datang. Kekalahan PH amat mengejutkan memandangkan mereka kini masih menerajui Kerajaan Pusat. PN tewas teruk tanpa memenangi satu kerusi pun. Prestasi buruk ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya. Parti-parti lain tidak menonjol langsung. - ends -
Jumaat, 10 Julai 2026 Satu sejarah lagi telah dicipta oleh Tun Dr Mahahir Mohamad. Hari ini belaiu menyambut hari lahirnya yang ke-101. Alhamdulillah. Selamat Hari Jadi Tun M dan semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan Tun di dunia mahupun di akhirat. Aamiin. In Sya Allah, dua hari lagi Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah, akan menyambut hari lahirnya yang ke-100 tahun dan melayakkannya bergelar Centenarian. Alhamdulillah. Kedua-dua mereka ini adalah Super Ager luarbiasa! Sepasang suami isteri ini telah dikurniakan Allah usia yang panjang dan diberikan kesihatan yang baik. Kini Tun Dr Mahathir tidak bergerak cergas seperti dulu akibat kecederaan pinggul yang dialami pada awal tahun ini kerana terjatuh semasa bersenam di kediamannya. Walau bagaimanapun beliau tetap aktif dari aspek sumbangan fikiran dan penulisannya. Beliau masih menyumbang pelbagai idea bernas untuk kepentingan negara, bangsa dan agama. - ends -