Ahad, 5 Julai 2026
Akhirnya LRT3 siap untuk dimanfaatkan oleh para pengguna Lembah Klang selepas kira-kira 9 tahun dimulakan.
Idea awal dicetuskan oleh DYMM Sultan Selangor dan disampaikan kepada DS Najib Razak pada tahun 2015 ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pada tahun 2017 Projek LRT3 mula digerakkan.
Ekoran pertukaran Kerajaan pada tahun 2018, Projek ini telah tergendala selama 18 bulan.
Kemudian tergendala lagi selama 19 bulan ekoran Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Selepas Pandemik Covid-19 reda, Projek ini diteruskan oleh Kerajaan seterusnya.
Akhirnya Projek ini berjaya disempurnakan dalam bulan Jun 2026 dan dilancarkan oleh DS Anwar Ibrahim pada 28 Jun 2026. Kerajaan beliau kemudiannya memberikan Perjalanan Percuma (Free Ride) selama sebulan dari 29 Jun hingga 31 Julai.
Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh ramai pengguna LRT3 sehinggakan pada hari pertama pelancaran dikatakan begitu sesak dengan lebih kurang 60,000 penumpang.
Pada hari Sabtu, 4 Julai, saya serta keluarga telah mencuba LRT3 Laluan Shah Alam ini, bermula dari Stesen Seri Andalas hingga ke Stesen Bandar Utama (Stesen Terakhir, the Last LRT3 Shah Alam Line Station).
Walaupun Stesen Andalas adalah Stesen Kedua selepas Stesen Johan Setia, Tren didapati begitu sesak sehinggakan saya terpaksa menunggu Tren seterusnya. Tren seterunya yang tiba kira-kira 8 minit kemudian juga masih sesak.
Maklumlah Perjalanan Percuma (Free Ride), dan ramai pengguna Lembah Klang telah memanfaatkannya di samping meninjau-ninjau stesen Pertukaran Tren (Interchange Station) yang terdapat di sepanjang laluan.
Saya serta keluarga naik juga walaupun Tren sesak, tetapi telah diberikan tempat duduk memandangkan saya serta isteri adalah Warga Emas. Alhamdulillah. Mentaliti Kelas Pertama!
Perjalanan lancar dan pemandangan sekitar agak menarik dari pandangan atas. Kami tiba di Stesen Bandar Utama kira-kira 1 jam kemudian.
Dari Stesen Bandar Utama kami berjalan sedikit ke 1 (One) Utama Shopping Mall untuk Minum, Makan, bersiar-siar dan membeli-belah sedikit. Saya turut mengunjungi Popular Book Store yang terletak di tingkat 3 untuk membeli beberapa buah Buku.
1 (One) Utama Shopping Mall terletak kira-kira 500 hingga 600 meter dari Stesen Bandar Utama. Ia bersambung dengan laluan pejalan kaki berbumbung. Selesa untuk berjalan kaki.
Dengan adanya Stesen LRT3 dan MRT Laluan Kajang berdekatan, 1 (One) Utama, Shopping Mall ini menjadi semakin popular. Terdapat pelbagai Outlet Makanan dan Minuman, serta kemudahan membeli-belah di Mall ini.
Kepada para penggemar Sate Kajang, mereka boleh turun di Stesen ini dan lompat saja ke MRT Laluan Kajang untuk ke Kajang.
Apabila Free Ride ini tamat, saya harap Syarikat Pengendali akan mengenakan bayaran tiket yang munasabah demi kebaikan dan kemudahan para penumpang Lembah Klang.
Tujuan LRT, Monorail, Komuter dan MRT diadakan ialah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Sistem Rel dan mengurangkan kesesakan jalan raya. Sekiranya tambang mahal dan kemudahan lain tidak disediakan dengan baik, maka matlamat ini tidak akan tercapai. The main purpose is defeated.
Tambang khas perlu juga disediakan untuk Warga Emas, OKU, pelajar sekolah dan penuntut universiti bagi menggalakkan mereka menggunakan sistem ini.
Sistem tiket LRT3 sekarang menggunakan mesin tiket untuk mendapatkan tiket. Kita perlu tekan stesen destinasi dan jumlah penumpang. Kita akan perolehi tiket kertas dengan QR Code. Kita perlu imbaskan QR Code ini di laluan masuk berpalang untuk lepas ke platform menunggu Tren.
Stresen LRT3 dilengkapi Lift dan Escalator pada tempat-tempat tertentu untuk kemudahan para penumpang.
Saya harap pada masa akan datang, sistem LRT3 ini akan dilengkapkan dengan sistem penggunaan TnG, Credit dan Debit Card, serta pas bulanan untuk pergi ke mana jua dengan Tren dan Bas.
Sistem LRT, MRT, Komuter, Monorail, Tren dan Bas kita masih boleh ditingkatkan (Upgrade) untuk menepati ciri-ciri Negara Kelas Pertama.
- ends -
Comments