Jumaat, 10 Julai 2026
Satu sejarah lagi telah dicipta oleh Tun Dr Mahahir Mohamad. Hari ini belaiu menyambut hari lahirnya yang ke-101. Alhamdulillah.
Selamat Hari Jadi Tun M dan semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan Tun di dunia mahupun di akhirat. Aamiin.
In Sya Allah, dua hari lagi Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah, akan menyambut hari lahirnya yang ke-100 tahun dan melayakkannya bergelar Centenarian. Alhamdulillah.
Kedua-dua mereka ini adalah Super Ager luarbiasa!
Sepasang suami isteri ini telah dikurniakan Allah usia yang panjang dan diberikan kesihatan yang baik.
Kini Tun Dr Mahathir tidak bergerak cergas seperti dulu akibat kecederaan pinggul yang dialami pada awal tahun ini kerana terjatuh semasa bersenam di kediamannya.
Walau bagaimanapun beliau tetap aktif dari aspek sumbangan fikiran dan penulisannya. Beliau masih menyumbang pelbagai idea bernas untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.
- ends -
Comments