Skip to main content

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini!

Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu adalah sama taraf dengan Orang Melayu dan Bumiputera. Dalam lain perkataan, semua Bangsa, Bahasa, Agama dan Budaya adalah sama.

Article 153 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan beberapa Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera seperti Bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan Malaysia, Agama Islam adalah Agama rasmi Persekutuan, melindungi Institusi Melayu, kuota pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam, kuota Biasiswa untuk Pendidikan, lesen perniagaan dll.

Semua ini ditetapkan bagi menyusun semula ketempangan dasar British yang menjajah Malaya dari tahun 1824 hingga 1957 dengan mengutamakan para pendatang asing seperti orang Cina dan India.

Selepas Singapura keluar dari Malaysia dalam tahun 1965, Konsep ini terus diperjuangan oleh DAP, parti serpihan PAP Singapura, sehingga sekarang. Itulah sebabnya Orang Melayu dan Bumiputera sekarang terus menerus menolak konsep ini yang bakal melenyapkan ketuanan, hak keistimewaan dan kelebihan mereka di bumi asal mereka.

Konsep ini tidak boleh diterima pakai oleh Orang Melayu dan Bumiputera sampai bila-bila. Menerima konsep ini adalah ibarat merelakan diri mereka untuk menjadi seperti Red Indian di Amerika Utara, Maori di New Zealand dan Bush People di Australia. Mereka telah dianaktirikan!

Orang Melayu dan Bumiputera adalah keturunan Nusantara (The Malay Archipelago), bangsa asal Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Orang Melayu dan Bumiputera tidak akan sekali-kali menerima pakai Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP!

Seingat-ingat saya, sejak 1969 sehingga sekarang, DAP tidak pernah melupuskan Konsep berkenaan. Malah, telah menjadi ia satu perjuangan utama mereka sehingga sekarang.

- ends - 


Comments

Popular posts from this blog

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...