Rabu, 9 Mei 2018 - Masa mengundi PRU-14 telah pun tamat pada jam 5 petang tadi. Kini, pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung. Seawal 8 malam, kita mungkin akan mula mengetahui keputusan bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi yang kecil.
Pada tengah malam ini, kita mungkin akan mengetahui keputusan bagi kebanyakan atau seluruh kerusi yang ditandingi.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN ditandingi. Majoriti mudah bagi menubuhkan sebuah Kerajaan Pusat ialah 112 kerusi Parlimen. Mana-mana parti yang mencecah angka tersebut atau lebih akan diisytiharkan sebagai pemenang dan berhak membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, saya harap semua parti dan rakyat Malaysia akan terima saja keputusan yang diperolehi nanti dengan hati dan fikiran yang terbuka, tanpa bersangka buruk. Keputusan itu adalah suara dan amanah rakyat kepada mereka dan parti yang dipilih. Kita semua perlu berlapang dada dengan keputusan yang telah dimandatkan oleh para pengundi.
Negara dan rakyat kita telah pun mencecah tahap kematangan dalam perihal berfikir dan bertindak. Oleh itu, kita perlu bersyukur dan bersabar dengan apa jua keputusan yang diperolehi. Sekiranya kita masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, kita boleh kemukakan rayuan kepada pihak SPR atau Mahkamah untuk diadili. Jangan bertindak sesuka hati secara emosional tanpa berfikir secara rasional!
Kita telah pun berusaha sebaik mungkin dan rakyat telah pun bersuara melalui peti undi. Terima saja keputusan rakyat dengan seikhlas hati dan fikiran yang terbuka. Yang menang, harus bersyukur dan bertanggungjawab terhadap amanah berat yang diberikan oleh rakyat. Yang tewas, harus bersabar dan usah kecewa. Teruskan khidmat bakti anda kepada rakyat. Kita bertanding kerana hendak menjadi Yang Berkhidmat, bukan Yang Berhormat! Kita hendak Berkhidmat kepada Rakyat, bukan hendak Dihormati oleh Rakyat!
- ends -

Comments