Skip to main content

Masa Untuk Bekerja Dan Berkhidmat Kepada Rakyat!

Isnin, 14 Mei 2018 - PRU-14 telah pun berlalu. Rakyat Malaysia telah pun bersuara melalui Peti Undi. Kini, telah tiba masanya untuk para wakil rakyat bekerja dan berkhidmat untuk rakyat tanpa berpolitik lagi.

Anda semua telah dipilih berdasarkan Manifesto dan janji-janji anda. Sekarang, laksanakan segala yang telah dijanjikan kepada rakyat. Jangan hanya menanam tebu di bibir dengan pelbagai janji manis tanpa mampu dilaksanakan. Jangan cakap saja, tetapi tak serupa bikin! Mulakan kerja dan khidmat anda sekarang demi rakyat! Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah satu amanah, bukannya satu keistimewaan, bukannya satu privilege.   

Dalam sistem Demokrasi, Rakyat adalah Bos dan Wakil Rakyat adalah Kuli. Pada setiap lima tahun, rakyat akan menggunakan kuasa mereka untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili diri mereka. Ini bermakna, para wakil rakyat dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan sebaliknya.

Sehubungan itu, para wakil rakyat selayaknya digelar Yang Berkhidmat, bukannya Yang Berhormat kepada Rakyat. Tetapi, pada era sekarang, sebaliknya telah berlaku. Setelah dipilih oleh rakyat, ada di kalangan mereka yang mula berlagak dan bangga diri selaku Yang Berhormat tanpa mengutamakan kepentingan rakyat. Mereka telah menyeleweng daripada konsep dan ciri-ciri sebenar Demokrasi.

Syabas kepada PH yang telah berjaya membentuk Kerajaan Pusat dengan kemenangan simple majority. Rakyat telah memilih anda berdasarkan Manifesto dan janji-janji anda. Oleh itu, anda perlu Kotakan segala janji yang anda Katakan. Jika tidak, rakyat yang memilih anda pada hari ini akan bangkit memprotes dan menjatuhkan anda pada PRU akan datang.

Kepada UMNO/BN yang tewas, anda harus bersabar dan perlu melakukan post-mortem terhadap kekalahan anda. Anda perlu Overhaul diri anda, melakukan anjakan paradigma (Paradigm Shift) serta menyuntik semangat, nafas dan wajah baru ke dalam UMNO/BN. UMNO/BN perlukan Reinvention dan Rebranding untuk menambat semula hati rakyat. Teruskan perjuangan anda. Jangan putus asa. Anda adalah sebuah parti lama, besar dan very established yang ditubuhkan sejak sebelum Kemerdekaan.

- ends -

* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
* Penulis pernah berkhidmat di LPK, Eric White Associates (Hill And Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum beralih menjadi Freelancer dan Blogger.   

   

       


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...