Skip to main content

Para Penganalisis Politik Ramal BN Akan Menang!

Rabu, 9 Mei 2018 - Hari ini hari PRU-14. Jom Mengundi!

Beberapa Think-Tanks, Pollsters dan penganalisis politik Malaysia dan antarabangsa, termasuk Merdeka Center telah meramalkan BN akan menang dalam PRU-14. Mereka meramalkan BN akan menang selesa (status quo) atau mungkin juga lebih baik dari PRU-13.

BN akan menguasai kawasan-kawasan luar bandar, kawasan campuran, Sabah dan Sarawak, sementara PH akan menguasai kawasan-kawasan Bandar.

Beberapa tokoh PH dijangka tewas di kawasan masing-masing!

Mereka mendapati majoriti orang Melayu dan Bumiputera masih lagi bersama BN dan sebilangan orang Cina dan India telah mula beralih angin kepada BN kerana mereka telah jemu dengan kerenah Pembangkang serta mahu melihat adanya wakil-wakil Cina dan India dalam Kabinet Kerajaan BN. Segelintir lagi turut kecewa dengan kebiadaban Nga Kor Meng dan Superman Hew yang telah mengguris hati orang-orang Melayu!

Mengikut kajian mereka, 75 - 80 peratus pengundi Cina dan lebih kurang 50 peratus pengundi India masih lagi berpihak kepada Pembangkang yang menguasai kawasan-kawasan Bandar. DAP dijangka akan menang lebih daripada 30 kerusi Parlimen di kawasan-kawasan Bandar yang dikuasai oleh para penunduk Cina dan segelintir India. Ini bererti DAP akan menjadi parti Dominan dalam PH. Majoriti orang Melayu dan Bumiputera masih lagi menguasai kawasan-kawasan luar bandar yang menawarkan lebih kurang 117 kerusi Parlimen.

BN dijangka akan menang di kawasan-kawasan luar bandar dan di beberapa kawasan campuran lain yang memungkinkan mereka menang selesa (status quo) atau lebih baik daripada prestasi PRU-13. Kawasan-kawasan Felda, Sabah dan Sarawak masih merupakan kubu-kubu kuat BN.

Setelah PAS keluar daripada Pakatan, DAP telah bergantung harapan kepada Dr Mahathir untuk mencipta Tsunami Melayu bagi mendapatkan kerusi-kerusi Melayu untuk membolehkan Pakatan menubuhkan sebuah Kerajaan. Malangnya, majoriti orang Melayu dan Bumiputera masih lagi bersama UMNO/BN atau pun PAS. Apabila PAS keluar daripada Pakatan, mereka telah membawa bersamanya para penyokong tegar mereka yang menyebabkan Pakatan kini ketandusan sokongan orang Melayu yang satu ketika dulu telah membawa kemenangan kepada mereka.

Ini bermakna, PH hanya bergantung harapan kepada majoriti pengundi bukan Melayu yang menguasai kawasan-kawasan Bandar. Bagi UMNO/BN dan PAS, mereka hanya perlukan sokongan sebilangan lagi pengundi bukan Melayu (mungkin 15 - 20%) untuk menang. Dengan peralihan angin sebilangan bukan Melayu sekarang kepada UMNO/BN, BN dijangka akan menang lagi dalam PRU-14 ini.   

Walau apapun, kemenangan sesebuah parti hari ini terletak di tangan para pengundi. Merekalah yang menentukan segala-galanya. Kuasa di tangan mereka. Hari ini para pengundi Berkuasa. Mereka perlu bijak memilih demi Kemajuan, Keselamatan, Kestabilan, Keamanan dan Kemakmuran Negara. Bagi orang Melayu Islam dan Bumiputera, pemilihan mereka hari ini mestilah berteraskan Alif Ba Ta (Agama, Bangsa dan Tanah Air).

Kita Merancang, Allah Menentukan! We Propose, Allah Disposes!

Selamat Mengundi.

- ends -



   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...