Sabtu, 12 Mei 2018 - Breaking News - Sebentar tadi DS Najib Tun Razak telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti UMNO dan Pengerusi BN. DS Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik untuk menjalankan tugas-tugas Presiden Parti sementara DS Hishamuddin diminta menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden.
DS Najib mengumumkan perkara tersebut di satu Sidang Akhbar melalui TV3 sebentar tadi. Beliau meletak jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan parti UMNO/BN pada PRU-14 baru-baru ini.
Beliau berkata UMNO/BN tewas dalam PRU-14 disebabkan oleh mainan persepsi, bukan realiti. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli UMNO kerana telah memberi sokongan padu kepadanya semasa beliau menyandang jawatan Presiden UMNO. Katanya lagi, beliau tidak akan keluar daripada Parti UMNO.
- ends -

Comments