Skip to main content

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu. 

Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka!

Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah.

Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih mampu Bersolat Seperti Biasa, bersenam berjalan kaki (Walking Excercise) sejauh lebih 4 kilometer tanpa henti pada hari-hari tertentu. Alhamdulillah. Thanks Allah.

Syukur sekali lagi kepada Allah SWT.

Di samping terus BerDoa kepada Allah, aku juga sering mengamalkan gaya hidup sihat (Healthy Lifestyle) untuk kekal sihat.

Aku jaga makanan dan minumanku, aku bersenam selalu (Move More, Sit Less), melakukan senaman Reganggan (Strechting Excercise) di waktu pagi, Rehat dan Rawat (Recharge) apabila perlu, cukup tidur, kawal stres dan emosi, sentiasa bersilaturahim (Social Interaction), jaga kebersihan diri, pakaian, suasana sekitar (Hygene), banyak minum air suam (Stay Hydrated) dan sentiasa Berfikiran Positif, Optimistik, Progresif, Produktif, Proaktif, Possibility, Persistence, Perseverance, Reselience dan Patience (Kesabaran).

Inilah gaya hidup sihat (Healthy Lifestyle) seharian yang aku amalkan saban hari untuk kekal sihat sehingga ke hari ini. In Sya Allah, dengan bantuan Allah, diiringi dengan usaha dan ikhtiar gigih kita secara istiqamah (Consistent Effort), kita akan hidup sihat, kuat, mobile dan bahagia sejajar dengan usia tua kita.

Mencegah Lebih Baik daripada Merawati. Prevention Is Better Than Cure. Berjaga-Jaga Sebelum Terkena. Jaga Kesihatan Sebelum Sakit. Jika Sakit, Terus Berubat. Makan Makanan Berkhasiat sebagai Ubat, Jika Tidak, Kita Perlu Makan Ubat sebagai Makanan Berkhasiat.

In Sya Allah. Alhamdulillah and Thanks Allah for all the Good and Healthy Life Bestowed on me.

Last but not least, Millions of Thanks also to my Wife, Children, In-Laws and Grandchildren for inspiring me to live a longer and healthier life, and make my life Happy, Cheerful and Worth Living. Love You All.

Alhamdulillah. 

* Tips Gaya Hidup Sihat (Healthy Lifestyle) ringkas yang saya berikan adalah untuk Perhatian Keluarga saya dan sesiapa saja yang ingin mengamalkannya. Tetapi, perlulah terlebih dahulu mendapatkan Nasihat Doktor dan para Pakar Perubatan Bertauliah!

The End

 


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...