Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2026

Selamat Tahun Baru 1448 Hijrah

Rabu, 1 Muharam 1448H, 17 Jun 2026 Selamat Tahun Baru 1448 Hijrah. Semoga Tahun Hijrah ini merobah Mindset dan Mentaliti Jumud kepada Mindset dan Mentaliti Maju, Berkualiti dan Dinamik. In Sya Allah. Pada hari ini Umat Islam di seluruh dunia menyambut Tahun Hijrah yang Ke-1448 Tahun, Ini bererti, 1448 tahun yang lalu, Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW telah berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah (dulunya Yathrib).  Pembukaan Kota Madinah ketika itu melambangkan ufuk baru bagi perkembangan dan kemajuan Islam. Apabila kita bercakap tentang Tahun Hijrah, jasa dan sumbangan besar Sayidina Omar Ibni Al Khatab tidak lekang diperbicarakan. Susuk tubuh inilah yang mencadangkan agar Islam perlu mempunyai Tahun yang tersendiri.  Sebelum ini, malah pada zaman Nabi Muhammad SAW sekalipun, Islam tidak mempunyai Tahun tersendiri.  Sehinggakan tahun kelahiran Nabi dinamakan sebagai Tahun Gajah sempena Tentera Bergajah Abraha yang menyerang Mekah. Kalendar Islam ketika itu hanya memp...