Rabu, 1 Muharam 1448H, 17 Jun 2026
Selamat Tahun Baru 1448 Hijrah. Semoga Tahun Hijrah ini merobah Mindset dan Mentaliti Jumud kepada Mindset dan Mentaliti Maju, Berkualiti dan Dinamik. In Sya Allah.
Pada hari ini Umat Islam di seluruh dunia menyambut Tahun Hijrah yang Ke-1448 Tahun, Ini bererti, 1448 tahun yang lalu, Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW telah berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah (dulunya Yathrib).
Pembukaan Kota Madinah ketika itu melambangkan ufuk baru bagi perkembangan dan kemajuan Islam.
Apabila kita bercakap tentang Tahun Hijrah, jasa dan sumbangan besar Sayidina Omar Ibni Al Khatab tidak lekang diperbicarakan. Susuk tubuh inilah yang mencadangkan agar Islam perlu mempunyai Tahun yang tersendiri.
Sebelum ini, malah pada zaman Nabi Muhammad SAW sekalipun, Islam tidak mempunyai Tahun tersendiri. Sehinggakan tahun kelahiran Nabi dinamakan sebagai Tahun Gajah sempena Tentera Bergajah Abraha yang menyerang Mekah.
Kalendar Islam ketika itu hanya mempunyai bilangan hari dan bulan, tanpa tahun. Dari sudut tahun Masehi (AD), sejarawan mengatakan Baginda dilahirkan pada sekitar Tahun 570 Masehi (AD).
Akhirnya para sahabat telah bersetuju dengan cadangan Omar Ibni Al Khatab untuk memilih Hijrah Rasul ke Madinah sebagai tahun pertama Kalendar Hijrah. Mereka kemudiannya memilih 1 Muharam sebagai bulan pertama Kalendar Islam.
Sehubungan itu Tahun Hijrah bermula 1448 tahun yang lalu ketika Baginda Nabi Muhammad (SAW) berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah pada usia lahih kurang 53 tahun.
Ini juga bererti Kalendar Islam adalah lebih kurang 622 tahun terkebelakang berbanding Kalendar Masehi (AD) yang mengambil kira tahun kelahiran Nabi Isa (AS)
Jasa dan sumbangan besar Omar Ibni Al Khatab tidak terhenti pada Tahun Hijrah saja, malah terhadap pengumpulan dan penyusunan Ayat-ayat Suci Al Quran untuk dikitabkan.
Beliaulah yang mencadangkan agar Ayat-ayat Suci Al-Quran mula dikumpul dan disusunkan ketika ramai para Huffaz mati syahid di Peperangan Yamamah. Ketika itu, Ayat-ayat Suci Al-Quran terdapat di pelepah-pelepah tamar, tulang-tulang dan batu-batu, selain dihafal oleh para sahabat.
Akhirnya Ayat-ayat Suci Al-Quran berjaya dikumpulkan, disalin semula dan disiapkan pada zaman Kalifah Uthman Al-Afan. Diperkatakan sebanyak Enam (6) buah Naskah Al-Quran telah disediakan dan dihantar ke beberapa Wilayah seperti Madinah, Mekah, Kufah, Basrah dan Syam.
Di sinilah bermulanya Musyaf Uthmani yang kita gunakan sekarang.
Pada zaman Sayidina Omar juga Empayar Islam mula berkembang pesat sehingga ke Palestin.
Selamat Tahun Baru 1448 Hijrah. Semoga kita dikurniakan Kesihatan yang Baik Kesihatan adalah Kekayaan. Kesihatan adalah Asas kepada segala Kekayaan. Health is Wealth. Health is the Foundation of all Wealth.
- ends -
Comments