Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2026

BN Menang Bergaya Di PRN Johor

 Ahad, 12 Julai 2026 BN menang besar di PRN Johor semalam dengan memenangi 48 kerusi, sementara PH hanya memperolehi 8 kerusi. Prestasi bergaya ini melepasi dua pertiga majoriti untuk membentuk dan mentadbir Kerajaan Negeri Johor selama 5 tahun lagi.  Dari angka BN 48 ini, Umno menang 36 kerusi, MCA 8 dan MIC 4.  PH kalah teruk dengan PKR 1 kerusi, DAP 6 dan Amanah 1. Parti-parti lain tewas tanpa menang satu kerusi pun. Kemenangan besar PRN ini merupakan kebangkitan semula BN selepas kemerosotan prestasi dalam PRU-15 dalam tahun 2022. BN mungkin meniup semangat kemenangan Bonanza ini untuk PRN Negeri Sembilan akan datang.  Kekalahan PH amat mengejutkan memandangkan mereka kini masih menerajui Kerajaan Pusat. PN tewas teruk tanpa memenangi satu kerusi pun. Prestasi buruk ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya. Parti-parti lain tidak menonjol langsung. - ends -  

Hari Ini Tun Dr Mahathir Berusia 101 Tahun

 Jumaat, 10 Julai 2026 Satu sejarah lagi telah dicipta oleh Tun Dr Mahahir Mohamad. Hari ini belaiu menyambut hari lahirnya yang ke-101. Alhamdulillah.  Selamat Hari Jadi Tun M dan semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan Tun di dunia mahupun di akhirat. Aamiin. In Sya Allah, dua hari lagi Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah, akan menyambut hari lahirnya yang ke-100 tahun dan melayakkannya bergelar Centenarian. Alhamdulillah. Kedua-dua mereka ini adalah Super Ager luarbiasa! Sepasang suami isteri ini telah dikurniakan Allah usia yang panjang dan diberikan kesihatan yang baik. Kini Tun Dr Mahathir tidak bergerak cergas seperti dulu akibat kecederaan pinggul yang dialami pada awal tahun ini kerana terjatuh semasa bersenam di kediamannya.  Walau bagaimanapun beliau tetap aktif dari aspek sumbangan fikiran dan penulisannya. Beliau masih menyumbang pelbagai idea bernas untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.  - ends -

Bersiar Bersama LRT3

Ahad, 5 Julai 2026  Akhirnya LRT3 siap untuk dimanfaatkan oleh para pengguna Lembah Klang selepas kira-kira 9 tahun dimulakan. Idea awal dicetuskan oleh DYMM Sultan Selangor dan disampaikan kepada DS Najib Razak pada tahun 2015 ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 2017 Projek LRT3 mula digerakkan. Ekoran pertukaran Kerajaan pada tahun 2018, Projek ini telah tergendala selama 18 bulan.  Kemudian tergendala lagi selama 19 bulan ekoran Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Selepas Pandemik Covid-19 reda, Projek ini diteruskan oleh Kerajaan seterusnya. Akhirnya Projek ini berjaya disempurnakan dalam bulan Jun 2026 dan dilancarkan oleh DS Anwar Ibrahim pada 28 Jun 2026. Kerajaan beliau kemudiannya memberikan Perjalanan Percuma (Free Ride) selama sebulan dari 29 Jun hingga 31 Julai. Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh ramai pengguna LRT3 sehinggakan pada hari pertama pelancaran dikatakan begitu sesak dengan lebih kurang 60,000 penumpang. Pada h...