Sabtu, 12 Mei 2018 - Setelah memerintah Malaya dan kemudiannya Malaysia selama 60 tahun (6 dekad), UMNO dan BN telah gagal memperolehi simple majority dalam PRU-14 untuk terus memerintah Malaysia.
Pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah bersuara dan menolaknya dengan memberi majoriti mudah kepada PH dengan 113 kerusi. Maka berakhirlah kesinambungan era pemerintahan UMNO.
Walau bagaimanapun, kita harus jangan lupa. Dalam masa 60 tahun yang lalu, UMNO telah banyak berkorban serta menabur pelbagai jasa dan bakti kepada negara, terutama sekali kepada orang Melayu dan Bumiputera. Berteraskan semangat dan slogan Agama, Bangsa dan Tanah Air, UMNO telah mendapatkan Kemerdekaan Negara, mempertahankan Kedaulatan Di-Raja, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera, serta menyediakian pelbagai peluang ekonomi, perniagaan, pekerjaan, pendidikan, kewangan, kesihatan, pembiayaan, bantuan dll kepada orang Melayu, Bumiputera dan bukan Melayu.
Mereka turut mempertahankan pelbagai Institusi Melayu yang lain serta mendirikan puluhan kolej dan universiti, termasuk UITM di seluruh negara untuk membolehkan orang Melayu dan Bumiputera menikmati pendidikan tinggi. Mereka telah menyediakan pelbagai latihan dan peluang perniagaan kepada anak-anak Bangsa bagi membantu mereka menjadi para usahawan yang berjaya. Ada di antara mereka yang telah berjaya sehingga bergelar Jutawan! UMNO juga telah mewujudkan MARA, Felda, Tabung Haji, Bank-Bank, Institusi Kewangan, PNB, Amanah Saham Bumiputera, peluang pekerjaan di jabatan-jabatan Kerajaan, dan banyak lagi. Semua ini dilakukan demi membantu anak-anak Bangsa agar mereka dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.
Malangnya, selepas 6 dekad berkuasa. telah berlaku beberapa kelemahan, kepincangan dan kealpaan dalam barisan kepimpinan UMNO. Ada yang mula berasa selesa, leka, cuai dan alpa tanpa mengutamakan kepentingan rakyat jelata. Rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu dan Bumiputera, termasuk mereka di kawasan-kawasan luar, mula berasa muak dan mual dengan sikap segelintir pemimpin ini. Akhirnya, kemarahan mereka yang membuak-buak itu telah diluahkan dalam bentuk protes untuk tidak mengundi UMNO/BN lagi, sebaliknya telah mengundi parti Pembangkang yang kini telah menjadi Kerajaan Pusat..
Ini adalah di antara pelbagai faktor yang menyumbang kepada kekalahan teruk UMNO/BN pada PRU-14.
UMNO perlu melakukan post-mortem pasca PRU-14 dengan segera. Kaji semula di mana terletaknya kesilapan, kelemahan dan kekurangan mereka. Para pemimpin UMNO yang bermasalah yang menyebabkan kekalahan ini perlulah diganti atau dikesampingkan. Mereka perlu ditukar dengan wajah-wajah baru bagi melakukan anjakan paradigma kepada UMNO. Ahli-ahli yang lebih muda, berintegriti, berkredibiliti, berdaya maju, bersih, telus, cekap, amanah, berkebolehan dan berwibawa perlu ditampilkan.
UMNO tidak perlu kecewa dan putus asa dengan kekalahan tempoh hari. Teruskan perjuangan anda untuk membela rakyat, terutama sekali orang Melayu dan Bumiputera. Anda perlu bangkit semula. Parti anda adalah sebuah parti keramat yang besar dan lama. A very established party. Anda telah membesar dan matang dengan pelbagai cabaran, kerenah dan sepak terajang politik. Jangan bimbang. Esok masih ada lagi! There is still a tomorrow. There is still another day for another fight. There is still a light at the end of the dark tunnel. Anggaplah kekalahan ini sebagai ujian, dugaan, pelajaran dan kesedaran daripada Allah bagi membuka mata dan pintu hati anda semua. Sebenarnya, terdapat banyak Hikmah di sebalik kekalahan ini! Anda perlu belajar daripada kesilapan dan kekalahan ini.
My clarion call to UMNO, please stay united, active and strong for another fight. In Syaa Allah, anda akan berjaya di lain hari. Yang silap bukannya Parti UMNO itu sendiri, tetapi segelintir pemimpin UMNO yang menerajui parti tersebut.
Sebenarnya, prestasi UMNO pada PRU-14 tidaklah buruk sangat. Daripada 79 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN, 54 buah kerusi dimenangi oleh UMNO. Jika dibandingkan dengan parti-parti lain seperti PKR - 49 kerusi, DAP - 42, Pribumi - 12 dan Amanah - 10, prestasi UMNO adalah lebih baik daripada mereka. PH menang simple majority kerana mereka bergabung sebagai sebuah Pakatan. Secara individu, prestasi UMNO adalah lebih baik.
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi Penulis secara ikhlas.
- ends -

Comments