Skip to main content

DS Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri?

Sabtu, 12 Mei 2018 - Perdana Menteri Malaysia yang baru, Tun Dr Mahathir telah memaklumkan semalam bahawa DS Anwar Ibrahim telah mendapat pengampunan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Royal Pardon). Ini bererti, DS Anwar akan dibebaskan dalam masa terdekat dan bebas bertanding dalam pilihan raya tanpa menunggu lima tahun lagi.

Ini juga bererti, DS Dr Wan Azizah bakal mengosongkan kerusi Parlimen Pandan tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada DS Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut dan akhirnya menggantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebenarnya, peranan Dr Wan Azizah dalam PKR dan PH adalah sebagai 'Seat Warmer' untuk menanti kepulangan DS Anwar. Dr Wan adalah seorang 'Reluctant Politician' yang terpaksa diterjunkan ke kancah politik untuk mengambil alih tempat DS Anwar yang telah dipenjarakan. Dr Wan adalah seorang Doktor, isteri, ibu dan kawan yang baik. Tetapi, tidak menyerlah sebagai seorang poltikus dan pemimpin politik kerana pada awalnya beliau tidak berminat dalam bidang politik. Sebagai seorang isteri yang taat, beliau hanya menemani suaminya yang merupakan seorang politikus yang hebat. Begitu juga dengan sikap Dr Siti Hasmah!

Pelantikan DS Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya sebagai PM adalah amat tepat sekali. Ini kerana dari aspek bilangan kerusi yang dimenangi oleh PH, PKR telah meguasai 49 kerusi Parlimen berbanding 42 kerusi oleh DAP. Maka, calon PKR selayaknya mengetuai Kabinet PH.

Saya melihat, peranan Dr Mahathir sekarang selaku PM adalah bersifat sementara bagi melaksanakan segala perancangan beliau. Setelah berjaya melaksanakannya, saya yakin beliau akan berundur untuk memberi laluan kepada DS Anwar. Beliau adalah Faktor Penarik Utama (The Main Attraction) yang memungkinkan kemenangan PH pada PRU-14. Pengalaman, Kebolehan, Kebijaksanaan, Kredibiliti dan Kehadiran beliau dalam PH telah mencetuskan Tsunami Rakyat Malaysia ke arah PH.

Dari aspek bilangan kerusi yang dimenangi, secara realitinya beliau tidak layak dicalonkan sebagai PM. Parti beliau Pribumi hanya memenangi 12 kerusi, sedikit mengatasi Amanah yang memenangi 10 kerusi. Tetapi, kerana pengalaman, kebolehan, kepintaran, kredibiliti, jasa dan sumbangannya serta menjadi Jambatan Perhubungan kepada PH, telah melayakkan beliau dipilih sebagai PM Pertama PH dan PM Ketujuh Malaysia.

PM Kelapan Malaysia dijangka akan diterajui oleh DS Anwar!

Profesi (Prophesy) RAHMAN telah pun berakhir dengan kejatuhan Najib (N). Mungkinkah profesi MAHATHIR pula akan mengambil tempat. Mahathir (M) menjadi PM Ketujuh, dan adakah Azizah, Anwar atau Azmin (A) akan menjadi PM Kelapan?

Jangan tanya saya tentang huruf (H). Ia terlalu futuristik untuk saya bayangkan!

Sama-sama kita nantikan! Politik Malaysia kian menarik!


* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi Penulis secara ikhlas.

- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...