Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Yazit Ahmad, Bekas Pemain Dram The Search, Meninggal Dunia

Khamis, 26 Muharram 1441, 26 September 2019 - Al - Faatihah. Yazit Ahmad, bekas pemain dram The Search, telah kembali ke Rahmatullah pagi ini di Hospital Kuala Lumpur. Berita sedih ini dimaklumkan oleh keluarga Allahyarham. Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas alat pernafasan ditanggalkan. Keluarga beliau sempat menziarahi arwah sebelum beliau meninggal dunia. The zaman kegemilangannya, beliau terkenal sebagai The Talented Drummer. Al-Faatihah. - ends -   

Utamakan Takwim Hijrah

1 Muharam 1441H/1 September 2019M - Selamat Tahun Baru Islam. Hari ini adalah Tahun Baru Umat Islam. Sejak Maghrib malam semalam, umat Islam seluruh dunia telah mengalu-alukan ketibaan Tahun Baru Islam, 1 Muharam 1441H. Ini bererti, Hijrah Rasulullah (SAW) dari Mekah ke Madinah telah berlalu selama 1441 tahun Hijrah. Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai umat Islam di seluruh dunia yang tidak sedar akan kedatangan Tahun Baru Hijrah ini kerana mereka terlalu memberikan fokus kepada Tahun Masihi yang dipraktikkan di peringkat antarabangsa. Walhal, Tahun Hijrah adalah sama penting dengan Tahun Masihi, ataupun mungkin lebih penting daripada Tahun Masihi.    Sempena Tahun Baru Hijrah 1441 ini, marilah kita sama-sama Berhijrah pendekatan kepada amalan yang lebih baik dengan mula mengutamakan penggunaan Takwim Islam, Takwim Hijrah di samping terus memanfaatkan Kalendar Masihi yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Selamat Tahun Baru Islam serta Maaf Zahir Batin dar...