Sabtu, 12 Zulkaedah 1441H, 4 Julai 2020M - Seperti yang dijangkakan, BN menang besar di PRK Chini. A Landslide Victory for BN/MN/PN. Dua calon bebas tewas teruk dan hilang wang pertaruhan. BN yang diwakili calon UMNO Mohd Sharim Md Zain telah memperolehi 13,872 undi, sementara calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham dan Blogger Mohd Shukri Mohd masing-masing meraih 1,222 dan 137 undi. Ini bermakna calon BN telah menang besar dengan majoriti 12,650 undi. Walaupun telah mendapat suntikan psikologi dan semangat dari Tun M, Tengku Datuk Zainul Hisham telah kalah teruk. Ini membuktikan bahawa pengaruh Tun M telah hilang sengat di PRK Chini, dan mungkin juga di seluruh Malaysia. Mengikut SPR, 74% pengundi Chini telah keluar mengundi. Adakah isyarat Chini ini membuktikan bahawa PN kini amat dekat dan amat lekat di hati rakyat Malaysia, terutama sekali di kalangan kaum Melayu Islam? Nampaknya begitu! Kemenangan besar ini telah memberi keyakinan serta menyuntik ...