Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

Aidilfitri Dan Covid-19

 Rabu, 28 Ramadhan 1444H/19 April 2023  Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi, pada masa yang sama, trend Covid-19 terkini telah menunjukkan angka jangkitan yang semakin meningkat.  Ia dikatakan bermula daripada Kluster Sekolah selepas sesi Sekolah bermula. Mungkinkah trend kenaikan ini akan menular ke Kluster Raya pula? Besar kemungkinan! Walaupun kita telah beralih ke Fasa Endemik ( kita terpaksa hidup bersamanya ), kita perlu sentiasa berwaspada demi kesihatan kita. Terutama sekali di kalangan Warga Emas, mereka yang menderita pelbagai jenis penyakit ( komorbiditi ), kanak-kanak dll. Pada Hari Raya ini, berduyun-duyun dijangka akan Balik Kampung. Mereka akan bertemu Ibu Bapa dan sanak saudara yang dikasihi dan dirindui. Mereka akan berpeluk-cium dan bersalam-salaman sebagai tanda mesra tanpa menyedari sama ada mereka adalah pembawa Virus Covid-19 atau pun tidak. Sehubungan itu, pada musim perayaan ini adalah lebih baik jika kita terus mengama...