Khamis, 23 Mac 2017 - Seperti yang saya syorkan dalam blog posting saya bertarikh 7 Feb, pada hari ini, secara tidak rasminya, TMJ akan dinobatkan sebagai Presiden FAM pada 25 Mac, Sabtu akan datang, setelah Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pada petang ini bahawa beliau telah menarik diri daripada pertandingan Presiden FAM. Jelas Tan Sri Annuar Musa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada TMJ sebelum mengumumkan hasratnya kepada pihak akhbar. Syabas Tan Sri Annuar Musa kerana telah memberi laluan kepada calon yang jauh lebih muda dan jauh lebih berminat dalam bidang bolasepak. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa harus memberikan lebih banyak tumpuan kepada perihal politik Agama, Bangsa dan Negara kerana tenaga beliau amat diperlukan dalam perkara ini di samping beliau masih mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik tanah air. Beliau juga harus memberikan tumpuan kepada tuduhan penyalahgunaan kuasa ketika menjadi Pengerusi MARA. Tahniah kepada TMJ...