Skip to main content

TMJ Presiden FAM, Annuar Musa Tarik Diri!

Khamis, 23 Mac 2017 - Seperti yang saya syorkan dalam blog posting saya bertarikh 7 Feb, pada hari ini, secara tidak rasminya, TMJ akan dinobatkan sebagai Presiden FAM pada 25 Mac, Sabtu akan datang, setelah Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pada petang ini bahawa beliau telah menarik diri daripada pertandingan Presiden FAM.

Jelas Tan Sri Annuar Musa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada TMJ sebelum mengumumkan hasratnya kepada pihak akhbar.

Syabas Tan Sri Annuar Musa kerana telah memberi laluan kepada calon yang jauh lebih muda dan jauh lebih berminat dalam bidang bolasepak. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa harus memberikan lebih banyak tumpuan kepada perihal politik Agama, Bangsa dan Negara kerana tenaga beliau amat diperlukan dalam perkara ini di samping beliau masih mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik tanah air. Beliau juga harus memberikan tumpuan kepada tuduhan penyalahgunaan kuasa ketika menjadi Pengerusi MARA.

Tahniah kepada TMJ dan beliau harus mengotakan segala janji dan manifestonya untuk mengangkat martabat FAM dan bolasepak Malaysia.  Beliau harus memanfaatkan segala kebolehan, kekuatan, keupayaan, kreativiti dan pengaruhnya untuk menaikan taraf dan kegemilangan bolasepak tanahair. Beliau harus melakukan sesuatu yang berbeza dan luar biasa! You should make a difference and an extraordinary feat! Kini, tenaga beliau bukan saja diperlukan di Johor, tetapi juga di seluruh Malaysia.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.
* The opinion given is purely mine without any external influence or ulterior motive.  
      

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...