Sabtu, 30 Jun 2018 - Walaupun saya Bukan Ahli UMNO, parti keramat ini sentiasa dekat di hati saya kerana perjuangan asalnya yang berteraskan Alif Ba Ta iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Namun begitu, ia turut memperjuangkan bangsa-bangsa lain berteraskan apa yang telah termaktub dalam Perlembangan Persekutuan Malaysia. Parti Melayu ini ditubuhkan dalam tahun 1946 bagi menghalang hasrat British untuk membentuk Malayan Union yang bersifat sekular serta ingin menyeragamkan semua bangsa di Malaya ketika itu. Ini telah ditentang keras oleh UMNO sehingga tercapainya Merdeka dalam tahun 1957 dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengutamakan Artikel 152 dan 153 mengenai Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Tanpa perjuangan UMNO ini, Malaya|Malaysia telah lama menjadi sebuah negara Sekular (Agama Islam tidak menjadi Agama Persekutuan), tiada lagi Institusi Di-Raja dan semua bangsa adalah sama taraf (Orang Melayu dan Bumiputera sebagai pen...