Skip to main content

Tengku Razaleigh Presiden UMNO?

Sabtu, 30 Jun 2018 - Walaupun saya Bukan Ahli UMNO, parti keramat ini sentiasa dekat di hati saya kerana perjuangan asalnya yang berteraskan Alif Ba Ta iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Namun begitu, ia turut memperjuangkan bangsa-bangsa lain berteraskan apa yang telah termaktub dalam Perlembangan Persekutuan Malaysia.

Parti Melayu ini ditubuhkan dalam tahun 1946 bagi menghalang hasrat British untuk membentuk Malayan Union yang bersifat sekular serta ingin menyeragamkan semua bangsa di Malaya ketika itu. Ini telah ditentang keras oleh UMNO sehingga tercapainya Merdeka dalam tahun 1957 dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengutamakan Artikel 152 dan 153 mengenai Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Tanpa perjuangan UMNO ini, Malaya|Malaysia telah lama menjadi sebuah negara Sekular (Agama Islam tidak menjadi Agama Persekutuan), tiada lagi Institusi Di-Raja dan semua bangsa adalah sama taraf (Orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal akan hilang hak keistimewaan).

Pada hari ini, 165,000 perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh Malaysia mengadakan persidangan mereka bagi memilih Ketua Bahagian, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertnggi, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO.

Dalam pemilihan ini, perebutan kerusi Presiden UMNO yang paling mencuri perhatian saya. Walaupun lima orang calon bertanding merebut kerusi Presden, salah seorang daripada tiga orang calon yang paling menonjol, iaitu Tengku Razaleigh, Zahid Hamidi dan Khairi, akan dinobatkan sebagai Presiden UMNO.

Zahid Hamidi yang menggantikan Najib dan Khairi Jamaluddin, bekas Ketua Pemuda, adalah para pemimpin atasan UMNO dan Insiders|Inner Circle dalam regim Najib. Mereka dilihat sebagai orang kepada Najib. Walaupun mereka telah menjanjikan pelbagai tranformasi, perubahan dan penstrukturan semula rupa bentuk dan sikap UMNO, mereka ditakuti akan kembali semula kepada sikap lama UMNO yang bersifat elitis, sombong, bongkak dan mementing diri, keluarga dan orang-orang mereka sendiri berbanding Grassroot UMNO dan rakyat jelata. Sebenarnya, sikap inilah yang meruntuhkan UMNO dan BN dalam PRU lalu. Grassroot UMNO dan rakyat jelata benci akan sikap ini. Mereka bukan bencikan UMNO dan BN sebagai sebuah parti, tetapi bencikan sebilangan pemimpin UMNO yang tidak lagi memperjuangkan semangat dan matlamat asal parti UMNO.

Khairi juga dilihat terlalu gopoh dan gelojoh (over ambitious) untuk menjadi Presiden. Sikap rakus dan tamak ini tidak disukai oleh ramai Grassroot UMNO. Selepas Ketua Pemuda, beliau seharusnya bertanding kerusi Naib Presiden. Walaupun beliau mempunyai kepandaian dan kebolehan, beliau masih muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk memanjat tangga hierarki UMNO.     

Untuk membawa perubahan sebenar kepada UMNO, mereka perlukan orang luar daripada regim Najib. Saya rasa Ku Li adalah orangnya untuk membawa perubahan dan tranformasi sebenar kepada UMNO. Beliau bukan Insider|Inner Circle Najib. Pengalaman, kebijaksanaan dan kepintaran Politiknya adalah setanding Dr Mahathir. Beliau juga pernah menentang Dr M pada tahun 1987 dan tewas hanya 43 undi. Beliau yang kini telah pun berusia 81 tahun pasti tidak mempunyai kepentingan diri dalam UMNO, selain untuk memulihkan kembali UMNO kepada perjuangan dan semangat asal mereka, iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Saya berpendapat Ku Li mempunyai pelbagai kematangan dan wisdom untuk membawa UMNO ke Era Baru dan membawa kemenangan semula kepada UMNO dan BN pada PRU akan datang.

Jika saya diberikan Hak memilih, saya akan memilih Ku Li. Walau bagaimanapun, segala-galanya terserah kepada para perwakilan UMNO. Masa depan UMNO berada di tangan anda sekarang! Anda perlu memilih dengan bijak dan rasional, bukannya emosional. Singkirkan politik wang! Sebenarnya, racun inilah yang telah memakan dan memusnahkan diri anda semua.

- ends -

* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi Penulis.

   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...