Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Dr Halimah Ali Calon PAS Di Seri Setia

Khamis, 16 Ogos 2018 - PAS telah memilih Dr Halimah Ali, bekas Exco Selangor sebagai calon mereka bagi DUN Seri Setia. Pengumuman ini telah dibuat oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang. Tarikh PRK bagi DUN Seri Setia dan Balakong akan diadakan serentak pada 8 September. Saya harap pada kali UMNO/BN akan turun padang secara serius dan komited untuk berkempen bersama PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang bersatu dan mantap. Di Sg Kandis tempoh hari, hanya beberapa orang pemimpin PAS atasan yang turun menyatakan sokongan mereka. Sesudah itu, para petugas PAS yang lain tidak turun padang secara serius dan komited untuk sama-sama berkempen bagi calon UMNO/BN. Walau bagaimanapun, UMNO/BN telah berjaya mengurangkan sedikit peratusan majoriti PH berbanding PRU-14. Ini membuktikan sebilangan pengundi Sg Kandis telah mula beralih angin kepada UMNO/BN. Semangat yang sama juga perlu ditunjukkan di DUN Balakong. UMNO, MCA dan PAS mesti bekerjasama, serious dan komited untuk berkempen b...

DUN Sg Kandis Kekal Milik PKR/PH

Sabtu, 4 Ogos 2018 - Seperti saya katakan dalam blog post saya pagi tadi PKR/PH akan menang juga di Sg Kandis dengan majoriti lebih rendah ekoran kelebihannya sebagai Kerajaan Negeri dan Pusat. Secara rasmi PKR telah memperolehi 15,427 undi sementara BN memperolehi 9,585 undi. Ini bermakna peratusan kemenangan PKR kali ini adalah lebih rendah daripada PRU-14 sementara peratusan undi yang diperolehi oleh BN telah meningkat. Ini menunjukkan sebilangan para pengundi di DUN Sg Kandis telah mula beralih kepada UMNO/BN. Saya anggap keputusan ini adalah satu pencapaian permulaan hasil daripada kerjasama UMNO/BN dan PAS.   Peratusan yang keluar mengundi juga didapati merosot (poor voters' turnout). Mengikut SPR hanya 49.4%  peratus pengundi Sg Kandis keluar mengundi. Adakah ini disebabkan bahawa para pengundi Sg Kandis telah hilang keghairahan untuk mengundi di PRK berbanding PRU-14, memboikot PRK ini atas sebab-sebab tertentu, sudah hilang keyakinan terhadap Kerajaan sekarang a...

Sg Kandis Milik Siapa?

Sabtu, 4 Ogos 2018 - Pada hari ini para pengundi DUN Sg Kandis akan menentukan sama ada mereka memilih calon PKR/PH atau UMNO/BN. DUN Sg Kandis adalah milik PKR sejak dua penggal lalu dan ia merupakan salah satu daripada kubu kuat PKR. Ini diperkuatkan lagi dengan PH sekarang sebagai Kerajaan Negeri dan Pusat. Dengan seluruh jentera dan kekuatan PH diturunkan di Sg Kandis sejak beberapa hari lalu, adalah sukar bagi UMNO/BN untuk menembusi kubu tersebut. Walau bagaimanapun, segala-galanya terserah kepada kebijaksanaan para pengundi Sg Kandis selepas mereka dihujani dan didedahkan dengan pelbagai isu. Jika mereka mahukan perubahan, DUN Sg Kandis pasti bertukar warna! UMNO/BN turun ke gelanggang Sg Kandis dengan pelbagai senjata, peluru dan isu. Mereka dedahkan segala kepincangan PH sejak menjadi Kerajaan Pusat seperti kedudukan dan keistimewaan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu semakin terhakis dan dipersendakan. Institusi-institusi Melayu cuba diceroboh. Jawatan-jawatan kritikal ya...