Skip to main content

Sg Kandis Milik Siapa?

Sabtu, 4 Ogos 2018 - Pada hari ini para pengundi DUN Sg Kandis akan menentukan sama ada mereka memilih calon PKR/PH atau UMNO/BN.

DUN Sg Kandis adalah milik PKR sejak dua penggal lalu dan ia merupakan salah satu daripada kubu kuat PKR. Ini diperkuatkan lagi dengan PH sekarang sebagai Kerajaan Negeri dan Pusat. Dengan seluruh jentera dan kekuatan PH diturunkan di Sg Kandis sejak beberapa hari lalu, adalah sukar bagi UMNO/BN untuk menembusi kubu tersebut. Walau bagaimanapun, segala-galanya terserah kepada kebijaksanaan para pengundi Sg Kandis selepas mereka dihujani dan didedahkan dengan pelbagai isu. Jika mereka mahukan perubahan, DUN Sg Kandis pasti bertukar warna!

UMNO/BN turun ke gelanggang Sg Kandis dengan pelbagai senjata, peluru dan isu. Mereka dedahkan segala kepincangan PH sejak menjadi Kerajaan Pusat seperti kedudukan dan keistimewaan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu semakin terhakis dan dipersendakan. Institusi-institusi Melayu cuba diceroboh. Jawatan-jawatan kritikal yang dulunya dikuasai oleh orang Melayu Islam telah diserahkan kepada mereka yang berkiblat kepada DAP. UEC dan Pengganas Komunis cuba diktiraf. Sejarah Melayu dan Bumiputera cuba diputar belit dan dilenyapkan. Hari ini telah masuk hari yang ke-86 PH memerintah dan banyak janji mereka masih tidak ditepati. Janji tinggal janji saja. Harga barang masih mahal, minyak petrol tidak turun, tol-tol tidak dihapuskan. Suara-suara wakil DAP kian lantang di Parlimen dan di luar Parlimen yang mengguris dan menyakitkan hati majoriti penduduk Melayu Islam. Bukan itu saja, malah ramai pelabur asing telah keluar yang menyebabkan Malaysia kehilangan berbilion ringgit dan Matawang Ringgit jatuh ke paras RM 4 berbanding Dolar Amerika. Dan banyak lagi!

PKR/PH hanya memainkan isu-isu tempatan yang sepatutnya telah mereka tangani dan selesaikan sejak dua penggal mereka memerintah DUN Sg Kandis dan Selangor!

Dengan segala jentera dan kekuatan Negeri dan Pusat diturunkan di Sg Kandis, saya berpendapat, akhirnya PKR/PH akan menang juga, tetapi dengan majoriti yang merosot berbanding kemenangan mereka pada PRU-14. Ini sudah boleh dianggap sebagai satu kemenangan permulaan kepada Kerjasama Erat UMNO/BN dan PAS.

Saya anggap PRK Sg Kandis ini sebagai Satu Rahmat Tersembunyi (A Blessing In Disguise) yang diturun oleh Allah bagi mendorong UMNO dan PAS, dua parti Melayu Islam yang terbesar di Malaysia, bekerjasama dan bermuafakat demi kebaikan, kekuatan dan kesejahteraan Melayu Islam.

Saya harap, PRK Sg Kandis merupakan perintis kepada Kerjasama Erat UMNO dan PAS untuk menghadapi PRU-15.

Orang Melayu Islam perlu bekerjasama, bersatu hati dan bermuafakat demi Agama, Bangsa dan Negara Malaysia.

- ends -

* Pandangan yang dilontarkan adalah pendapat peribadi Penulis tanpa sebarang Prasangka.   

         

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...