Rabu, 2 Muharram 1440H, 12 September 2018 - Segala teka-teki telah pun berakhir. DS Anwar Ibrahim telah disahkan akan bertanding di Kerusi Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri Kelapan. Keputusan tersebut telah diumumkan di satu Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi dengan dihadiri oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Datuk Danyal. DS Anwar tidak hadir di Sidang berkenaan kerana beliau kini dalam penerbangan pulang dari Hong Kong. Sebelum itu, Rafizi Ramli telah kelihatan di Dewan Rakyat untuk menyerahkan Surat Peletakan Jawatan Datuk Danyal kepada Pejabat Speaker. Pejabat Speaker telah mengesahkan penerimaan Surat berkenaan. - ends -