Ahad, 28 Zulhijah 1439, 9 Sept 2018 - Syabas PAS! Walaupun tewas kepada PH di PRK Seri Setia semalam, prestasi PAS yang diwakili oleh Dr Halimah telah meningkat lebih sekali ganda dengan memperolehi 9,698 undi berbanding 4,563 undi pada PRU-14.
Sementara itu, prestasi PH telah menjunam kepada 13,725 undi berbanding 29,372 pada PRU-14. Majoriti yang mereka perolehi kali ini hanyalah 4,027 berbanding 19,372 pada PRU-14, iaitu merosot lebih empat kali ganda.
Walaupun bilangan pengundi kali ini rendah di sekitar 44%, keputusan tersebut menceritakan segala-galanya.
Dalam masa 4 bulan saja, para pengundi telah mula beralih angin kepada gandingan pembangkang UMNO dan PAS. Kerjasama mereka telah mula menunjukkan kesan efektif. Sehubungan itu, mereka harus terus bekerjasama sehingga PRU-15. Dengan prestasi yang ditunjukkan semalam, tidak mustahil gandingan mereka berupaya menumpaskan PH dalam masa sepenggal saja, iaitu pada PRU-15.
Apa yang perlu mereka lakukan sekarang ialah mereka harus melakar sesuatu strategi efektif untuk menarik para pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya akan datang! Mereka tidak boleh bergantung selama-lamanya pada undi kaum Melayu saja!
Seri Setia mempunyai lebih kurang 55% pengundi Melayu dan 45% pengundi bukan Melayu. Keputusan semalam menunjukkan majoriti pengundi Melayu, termasuk golongan remaja, telah mula beralih angin kepada pembangkang. PH memperolehi solid undi bukan Melayu dan sebahagian undi Melayu yang menyokong PKR, Bersatu dan Amanah.
- ends -

Comments