Ahad, 9.12.18 - Himpunan Ummah 812 Tolak ICERD yang diadakan di Dataran Merdeka KL semalam, 81218, satu Tarikh Keramat, telah Berjaya! Ia mendapat Sambutan Hangat lagi Luar Biasa daripada pelbagai lapisan Ummah, Orang Melayu Islam, Bumiputera dan Rakyat Malaysia. Lautan manusia telah kelihatan membanjiri kawasan Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitar seperti di Sogo, Masjid Jamek, Masjid Persekutuan, Masjid Negara dan Kampung Baru bagi melahirkan Penolakan dan Rasa Marah mereka terhadap Malayan Union 2.0, iaitu ICERD. ICERD yang pada mulanya telah dipergunakan oleh para pendokongnya sebagai senjata sulit untuk menggugat dan melemahkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu Islam dan Agama Islam, telah bertukar menjadi satu Rahmat Allah yang Tersembunyi. A Blessing In Disguise. Dengan Izin Allah, ICERD telah bertukar menjadi satu faktor penyatuan untuk menyatupadukan Ummah dan Orang Melayu Islam yang selama ini telah berpecah. Himpunan semalam menceritakan segala-galanya! Ummah dan Oran...