Skip to main content

Himpunan Ummah 812 Tolak ICERD Berjaya!

Ahad, 9.12.18 - Himpunan Ummah 812 Tolak ICERD yang diadakan di Dataran Merdeka KL semalam, 81218, satu Tarikh Keramat, telah Berjaya! Ia mendapat Sambutan Hangat lagi Luar Biasa daripada pelbagai lapisan Ummah, Orang Melayu Islam, Bumiputera dan Rakyat Malaysia. Lautan manusia telah kelihatan membanjiri kawasan Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitar seperti di Sogo, Masjid Jamek, Masjid Persekutuan, Masjid Negara dan Kampung Baru bagi melahirkan Penolakan dan Rasa Marah mereka terhadap Malayan Union 2.0, iaitu ICERD.

ICERD yang pada mulanya telah dipergunakan oleh para pendokongnya sebagai senjata sulit untuk menggugat dan melemahkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu Islam dan Agama Islam, telah bertukar menjadi satu Rahmat Allah yang Tersembunyi. A Blessing In Disguise. Dengan Izin Allah, ICERD telah bertukar menjadi satu faktor penyatuan untuk menyatupadukan Ummah dan Orang Melayu Islam yang selama ini telah berpecah. Himpunan semalam menceritakan segala-galanya! Ummah dan Orang Melayu Islam Malaysia telah mula sedar, bersatu dan senada! Alhamdulillah.   

Pada sekitar jam 3 petang, kawasan Dataran Merdeka telah penuh sesak dengan puluhan ribu peserta sehingga berlaku Gridlock dan tidak boleh dimasuki lagi. Limpahan para peserta telah kelihatan membuak keluar sehingga ke kawasan Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Kampung Baru. Begitulah hebatnya Himpunan ini!
  
Senario berkenaan jelas membuktikan bahawa Himpunan tersebut telah berjaya memberikan satu Mesej dan Isyarat nyata kepada Kerajaan sekarang supaya jangan buat U-Turn dan kotakan segala janji mereka untuk Tidak Meratifikasi ICERD. Jika tidak, lautan manusia akan turun ke jalan raya sekali lagi untuk memprotes, mungkin dengan lebih besar dan dasyat lagi!

Himpunan tersebut turut diadakan dengan aman dan penuh berdisiplin seperti yang dijanjikan. Mereka memprotes secara beradab dengan menjulang pelbagai jenis sepanduk, mengibar pelbagai jenis bendera di samping melaungkan kalimah Allahuakhbar. Sebelum bersurai, sebilangan peserta telah membersihkan kawasan-kawasan Himpunan. Syabas kepada anda semua!

Beberapa tokoh besar yang hadir seperti Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, DS Hadi Awang, DS Muhammad Hassan, DS Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi telah menyampaikan amanat mereka.

Ucapan DS Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan segala-galanya tentang maksud Himpunan berkenaan. Jelas beliau, ia bertujuan bukan sebagai anti mana-mana kaum atau agama, tetapi sebagai usaha untuk mempertahankan Hak Orang Melayu Islam/Bumiputera dan Agama Islam di bumi Malaysia. Sekiranya Kerajaan sekarang buat U-Turn, beliau berjanji akan membawa lautan manusia sekali lagi untuk menggoncang Putrajaya. 

Ekoran langit mendung dan hujan renyai di sekitar jam 4 petang, tempoh Himpunan tersebut terpaksa dipendekkan bagi membolehkan para peserta bersurai sebelum hujan lebat.

Penulis melihat Himpunan Raksasa ini sebagai permulaan dan tapak semai kepada Perpaduan, Penyatuan dan Kerjasama Ummah dan Orang Melayu Islam untuk menghadapi apa jua perkara yang menyentuh perihal kepentingan Agama, Bangsa, Tanah Air, Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial. Ia selaras dengan slogan Melayu Sepakat, Islam Berdaulat!

Mulai sekarang, Ummah dan Orang Melayu Islam perlu bersatu dan tidak boleh berpecah lagi sejajar dengan pesanan keramat Datuk Nenek kita dulu, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

- ends -     

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...