Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

PH (DAP) Tersungkur Di Cameron Highlands

Ahad, 27 Jan 2019 - 21 Jamadil Awal 1440 - Para pengundi Cameron Highlands telah menghukum PH (DAP) dengan memilih calon BN, Ramli Mohd Nor sebagai Wakil Dewan Rakyat mereka. Mereka telah memberikan 12,038 undi kepada Ramli berbanding 8,800 kepada Manogaran (DAP), dengan majoriti 3,238 undi, iaitu jauh lebih besar daripada majoriti PRU-14 sebanyak 597 undi. Saya mendapati terdapat beberapa sebab mengapa para pengundi Cameron Highlands telah menolak PH (DAP). Pertama, PH tidak menepati Manifesto mereka. Mereka hanya lunak berjanji, tetapi tidak menunaikannya. Rakyat sudah muak dan benci dengan permainan kotor ini. Kedua, Orang Melayu dan Orang Asli tidak mempercayai DAP, lebih-lebih lagi DAP kini didapati lebih dominan dalam PH serta mencatur segala dasar, tindak tanduk dan pergerakan PH yang amat tidak menyenangkan hati Bangsa Melayu dan Orang Islam. Ketiga, kerjasama UMNO/BN dan PAS (Penyatuan Ummah) semakin erat, padu dan serasi, dan telah banyak menyumbang kepada kemenangan be...