Skip to main content

PH (DAP) Tersungkur Di Cameron Highlands

Ahad, 27 Jan 2019 - 21 Jamadil Awal 1440 - Para pengundi Cameron Highlands telah menghukum PH (DAP) dengan memilih calon BN, Ramli Mohd Nor sebagai Wakil Dewan Rakyat mereka. Mereka telah memberikan 12,038 undi kepada Ramli berbanding 8,800 kepada Manogaran (DAP), dengan majoriti 3,238 undi, iaitu jauh lebih besar daripada majoriti PRU-14 sebanyak 597 undi.

Saya mendapati terdapat beberapa sebab mengapa para pengundi Cameron Highlands telah menolak PH (DAP). Pertama, PH tidak menepati Manifesto mereka. Mereka hanya lunak berjanji, tetapi tidak menunaikannya. Rakyat sudah muak dan benci dengan permainan kotor ini.

Kedua, Orang Melayu dan Orang Asli tidak mempercayai DAP, lebih-lebih lagi DAP kini didapati lebih dominan dalam PH serta mencatur segala dasar, tindak tanduk dan pergerakan PH yang amat tidak menyenangkan hati Bangsa Melayu dan Orang Islam.

Ketiga, kerjasama UMNO/BN dan PAS (Penyatuan Ummah) semakin erat, padu dan serasi, dan telah banyak menyumbang kepada kemenangan besar BN. Para penyokong PAS yang dulunya menyokong calon mereka, kini telah memberikan sokongan bulat kepada calon BN.

Keempat, sikap dan kelakuan biadab yang ditunjukkan oleh beberapa orang pemimpin PH (DAP) di PRK Cameron Highlands amat tidak disenangi oleh para pengundi Cameron Highlands. Mereka tidak mematuhi undang-undang SPR dengan memasuki kawasan larangan secara sesuka hati sambil memperagakan logo dan bendera mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada sebuah parti Kerajaan Pusat yang tahu undang-undang. Mereka sering melaungkan slogan Rule of Law. Sebaliknya, mereka melanggari dan tidak Practise apa yang mereka Preach!

Kelima, Lim Kit Siang telah mengguris hati Orang-orang Asli dengan menjanjikan Kerakyatan kepada mereka. Tidak tahukah Kit Siang bahawa Orang Asli adalah Bumiputera, penduduk asal dan Bangsa Nusantara di Bumi Malaysia? Mereka bukan kaum pendatang seperti Cina, India, Bangla dan lain-lain bangsa. Lim Kit Siang telah melakukan satu kesilapan besar - a political blunder.

Keenam, BN telah membuat pilihan tepat dengan memilih Ramli Mohd Nor, Orang Asli sebagai calon mereka. Majoriti orang Asli, Tok Batin dan Orang Melayu telah mengundi Ramli.     

Sebenarnya, banyak lagi yang boleh diperkatakan yang membawa kepada kerebahan PH (DAP) di Cameron Highlands.

Saya harap, UMNO/BN dan PAS (Penyatuan Ummah) akan terus bekerjasama, berganding bahu dan tenaga dalam PRK Semenyih akan datang. Kemenangan BN di awal tahun 2019 adalah satu petanda baik dan langkah pertama ke arah kemenangan di PRU-15.

Tahniah dan Syabas UMNO/BN dan PAS.

- ends -

* Pendapat yang diberikan adalah pandangan peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...