Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Mungkinkah Kerajaan Perak Dan Kedah Bertukar Kepada Kerajaan UMNO-PAS?

Sabtu, 9 Mac 2019, 2 Rejab 1440H - Lanskap Kerajaan Perak dan Kedah berkemungkinan akan berubah ekoran Kerjasama Rasmi Politik (Taawun Siyasi) antara UMNO dan PAS. Kerajaan Perak sekarang ditadbir oleh PH dengan hanya 30 kerusi DUN, sementara BN mempunyai 25 kerusi, PAS 3 dan Bebas 1. Ini bermakna gabungan UMNO, PAS dan Bebas mempunyai 29 kerusi, iaitu 1 kerusi kurang daripada PH. Sekiranya berlaku sebarang lompatan daripada PH, maka Gabungan BN/PAS/Bebas akan bentuk Kerajaan Negeri Baru. Begitu juga dengan Kedah. Di Kedah, PH hanya mempunyai 19 kerusi, sementara PAS mempunyai 15 kerusi dan BN 2 kerusi setelah seorang wakil BN lompat ke Bersatu. Ini menjadikan kedudukan PH agak genting ekoran gabungan UMNO-PAS. Jika berlaku sebarang lompatan daripada PH, Kerajaan PH sekarang akan tumbang. Berdasarkan kedudukan genting kerusi di atas, percaturan politik semasa dan kemungkinan akan ada PRK, mungkinkah akan berlaku pertukaran Kerajaan Perak dan Kedah sebelum PRU-15? Sama-sama kita n...

Bersatu/PH Tewas - Adakah Kedudukan Dr Mahathir Tergugat!

Sabtu, 2 Mac 2019, 25 J Akhir 1440H - Bersatu/PH tewas di Semenyih. BN rangkul kemenangan dengan majoriti 1,914 undi. BN perolehi 19,780 undi sementara PH mendapat 17,866 undi. Saya tidak duga sama sekali bahawa BN akan menang dengan majoriti yang agak lebar. Tetapi, itulah realiti yang diberikan oleh para pengundi Semenyih. Adakah ini tanda-tanda bahawa Tsunami dan gelombang kebangkitan Melayu Islam dan Bumiputera (Perpaduan Ummah) telah bermula untuk menolak PH pada PRU-15. Rasanya begitu!  Kekalahan PH membuktikan majoriti pengundi Melayu Islam, Bumiputera dan sebahagian pengundi bukan Melayu di Semenyih telah menolak Bersatu/PH. Ini juga membuktikan Bersatu tidak layak menggantikan UMNO untuk memperjuangkan nasib dan masa depan kaum Melayu Islam, Bumiputera dan rakyat Malaysia. Kekalahan ini sekaligus menjadikan Bersatu dan Dr Mahathir tidak relevan lagi untuk mengemudi PH. Bagaimana dengan kedudukan Dr Mahathir dan TS Mahyudin dalam PH sekarang? Mungkinkah mereka terguga...

50/50 Di PRK Semenyih Esok!

Jumaat, 1 Mac 2019 - 24 J Akhir 1440H - Perebutan kerusi PRK Semenyih dijangka sengit dan seimbang. PH atau BN boleh menang dengan majoriti kecil berbanding PRU-14. Jika PH menang, mereka tidak boleh mendabik dada kerana mereka adalah penyandang kerusi tersebut, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Di samping itu, mereka menang kerana telah mendapat sokongan padu kaum Cina dan India, dan sebahagian kecil kaum Melayu Islam dan Bumiputera. Ini bererti majoriti kaum Melayu Islam dan Bumiputera telah menolak PH kerana kelemahan dan kegagalan mereka untuk mempertahan serta memperjuangkan hak Orang Melayu Islam dan Bumiputera. Ini juga bererti PH Menang tetapi Kalah. Kalah menambat hati kaum Melayu Islam dan Bumiputera sehinggakan majoriti kemenangan mereka merudum berbanding PRU-14. Dari aspek moral mereka telah tewas! Jika BN menang, ini adalah satu mimpi ngeri dan malapetaka besar kepada PH, terutama sekali Bersatu. Ini bererti Tsunami dan kebangkitan Melayu Islam dan Bumiputera telah ...