Skip to main content

50/50 Di PRK Semenyih Esok!

Jumaat, 1 Mac 2019 - 24 J Akhir 1440H - Perebutan kerusi PRK Semenyih dijangka sengit dan seimbang. PH atau BN boleh menang dengan majoriti kecil berbanding PRU-14.

Jika PH menang, mereka tidak boleh mendabik dada kerana mereka adalah penyandang kerusi tersebut, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Di samping itu, mereka menang kerana telah mendapat sokongan padu kaum Cina dan India, dan sebahagian kecil kaum Melayu Islam dan Bumiputera. Ini bererti majoriti kaum Melayu Islam dan Bumiputera telah menolak PH kerana kelemahan dan kegagalan mereka untuk mempertahan serta memperjuangkan hak Orang Melayu Islam dan Bumiputera. Ini juga bererti PH Menang tetapi Kalah. Kalah menambat hati kaum Melayu Islam dan Bumiputera sehinggakan majoriti kemenangan mereka merudum berbanding PRU-14. Dari aspek moral mereka telah tewas!

Jika BN menang, ini adalah satu mimpi ngeri dan malapetaka besar kepada PH, terutama sekali Bersatu. Ini bererti Tsunami dan kebangkitan Melayu Islam dan Bumiputera telah bermula untuk menolak PH pada PRU-15.

Kemenangan BN di Semenyih akan menjadikan Bersatu dan Dr Mahathir tidak relevan lagi untuk memperjuangkan nasib Orang Melayu Islam dan Bumiputera. Bukan itu saja, di mata PH, Bersatu tidak relevan lagi untuk mengemudi PH yang selama ini didominasi oleh DAP dan PKR.

Anwar Ibrahim dan para pengikutnya berkemungkinan besar akan mengambil kesempatan daripada kekalahan Bersatu ini untuk menolak Dr Mahathir dan mengambil alih tali teraju PH sebagai PM Malaysia. Ini mungkin boleh berlaku!

Mungkinkah para penyokong Anwar Ibrahim dan PKR di Semenyih akan mengundi BN untuk menjadikan Dr Mahathir tidak relevan lagi sebagai pemimpin PH dan PM Malaysia? Ini juga boleh berlaku! Politik di Malaysia sekarang adalah berbentuk Machiavellian, iaitu Matlamat Menghalalkan Cara (The End Justifies The Means). Sama-sama kita nantikan. 

Untuk memastikan Bersatu menang dan terus relevan dalam PH, mereka akan berhempas pulas menggunakan apa jua taktik dan strategi untuk menang di PRK Semenyih. Jika tewas, Few Heads Will Roll. Walau bagaimanapun, segala kuasa politik kini berada di tangan para pengundi Semenyih yang kebanyakannya terdiri daripada pengundi Melayu (hampir 70 peratus).

Sekiranya majoriti pengundi Melayu Islam, Bumiputera dan sebahagian pengundi Cina dan India mengundi BN, BN akan menang di Semenyih!

Sama ada para pengundi Melayu Islam, Bumiputera dan bukan Melayu akan memilih atau menghukum Bersatu/PH di Semenyih, segala-galanya akan terjawab pada malam 2 Mac ini.

Dijangkakan para pengundi muda akan menjadi penentu kepada kemenangan PH atau BN!

Beberapa Pollster bebas meramalkan BN akan menang tipis ekoran kerjasama erat antara UMNO/BN, PAS dan beberapa NGO lain, rakyat Malaysia terutama sekali kaum Melayu Islam telah muak dan mual dengan pelbagai kerenah dan alasan Kerajaan PH, pelbagai isu panas telah dibangkitkan serta menampilkan calon yang berkebolehan, matang dan sesuai untuk para penduduk Semenyih berbanding Aiman!

- ends -

* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

      

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...