Sabtu, 13 April 2019, 7 Syaaban 1440H - PH tewas teruk di Rantau. Seperti diramalkan, PH telah ditolak oleh rakyat Malaysia sekali lagi di Rantau setelah mereka tewas di Cameron Highlands dan Semenyih. Ini kali ketiga PH tewas berturut-turut. Parti Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS yang diwakili oleh Tok Mat telah memperolehi undi majoriti 4,561 dengan menewaskan calon PKR dan dua calon bebas. Secara tidak rasmi Tok Mat telah perolehi 10,257 undi, sementara Dr Streram 5,886 dan dua calon bebas hilang wang pertaruhan. Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia telah mula sedar dan tidak mempercayai PH lagi yang mereka sokong pada PRU-14 kerana termakan fitnah dan pembohongan Manifesto mereka. Kini rakyat Malaysia telah mula bangkit untuk menolak PH, dan dijangka semangat dan gelombang ini akan berterusan sehingga PRU-15. Secara tidak langsung, ini juga membuktikan rakyat Malaysia di Rantau telah menolak kepimpinan Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan bakal PM, yang telah berhempas pulas ber...