Skip to main content

Rantau Milik Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS?

Jumaat, 12 April 2019, 6 Syaaban 1440H - Esok, 13 April 2019, Rantau akan mengundi. Lebih 20,000 pengundi Rantau akan turun mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 53% pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 27% India, 18% Cina dan selebihnya kaum lain.

Parti mana akan menang?

Saya melihat PRK esok bukanlah antara Tok Mat dan Dr Streram kerana Streram is nowhere near or compared to Tok Mat. Streram bukan saingannya. Tetapi, pada hakikatnya PRK Rantau esok adalah di antara Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO merangkap Pemangku Presiden UMNO dan Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan bakal PM ke-8 Malaysia. Dr Streram hanyalah calon parachute tidak terkenal yang diterjunkan semata-mata untuk mengisi tempat kosong PKR di Rantau.

Anwar Ibrahim kelihatan paling sibuk serta berhempas pulas berkempen di Rantau untuk memastikan kemenangan PKR demi menjaga maruahnya selaku Presiden PKR dan bakal calon PM akan datang. Jika PKR tewas, reputasi beliau sebagai Presiden PKR dan bakal PM akan tercelar, dan mungkin juga akan menjejaskan peluangnya untuk menduduki kerusi PM akan datang. Dr Mahathir mungkin akan mempersoalkan perkara ini!

Tok Mak pula perlu menang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti di samping menjaga nama dan reputasinya selaku orang terpenting dalam UMNO sekarang. Jika tewas, kedudukan dan maruah beliau akan turut tercalar.

Kedua-dua nama besar ini mempunyai kepentingan masing-masing dalam PRK Rantau esok.

Persoalannya,
 parti mana akan menang esok? PH atau Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS?

Mengikut hasil kajian dan tinjauan beberapa pollster bebas, termasuk Ilham Centre, mereka meramalkan parti Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS akan menang esok dengan majoriti mudah.

Mereka merumuskan keputusan tersebut berdasarkan beberapa faktor.

1. Tok Mat, penyandang ADUN Rantau selama tiga penggal, amat popular di kalangan para penduduk Rantau, sama ada kaum Melayu, Cina, India mahupun kaum lain. Beliau banyak berjasa kepada mereka.

2. Majoriti kaum Melayu didapati akan mengundi Tok Mat, termasuk lebih kurang 20% pengundi yang dulunya mengundi PH. Ramai kaum India dan sebilangan kaum Cina dijangkakan akan turut mengundi Tok Mat.

3. Dr Streram adalah orang luar yang di 'parachute' kan dan tidak popular di kalangan para penduduk Rantau, termasuk kaum India sendiri. Lebih-lebih lagi beliau kini dikatakan terlibat dengan Skandal Yayasan kaum India.

4. Para pengundi masih resah dan tidak puas hati dengan kenaikan harga barang sekarang yang dulunya dikatakan akan turun selepas pengenalan SST. Sebaliknya, lain yang berlaku dan harga bertambah naik.

5. PH tidak tunai janji-janji mereka dalam Manifestonya. Banyak perkara tidak dilaksanakan.

6. Rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri Sembilan sekarang. Banyak projek tergendala dan terbengkalai.

7. Majoriti penduduk Melayu Islam semakin resah dan bimbang ekoran kedudukan Melayu, Agama Islam dan Raja Raja Melayu kian dicabar dan dipersoalkan saban hari oleh kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

8. Majoriti penduduk Melayu Islam tidak senang hati dengan aksi DAP yang dilihat kian dominan serta mencatur apa jua dasar politik dan ekonomi negara yang merugikan kaum Melayu Islam.

9. Bancian rambang para pengundi Rantau menunjukkan majoriti pengundi akan memilih Parti Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS.

Semua faktor di atas termasuk beberapa kerasahan lain akan mendorong para pengundi Rantau untuk menolak PH sekali lagi.

Saya sependapat dengan beberapa pollster bebas, termasuk Ilham Centre bahawa Parti Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS yang diwakili Tok Mat akan menang esok dengan majoriti mudah. Ini bermakna Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS semakin serasi dan mantap.

Walau apa pun, keputusan sebenar esok terletak di tangan para pengundi Rantau. Mereka yang akan membuat keputusan muktamad sama ada untuk memilih Perpaduan Ummah UMNO/BN/PAS atau pun PH. Apa yang diutarakan oleh beberapa pollster bebas termasuk saya sendiri hanyalah ramalan semata-mata berdasarkan perkembangan semasa di Rantau.

Selamat Mengundi.

- ends -

* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
* Penulis pernah berkhidmat di LPK, Eric White Associates (Hill And Knowlton Group USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum bertukar menjadi Freelancer dan Blogger.
 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...