Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Merdeka

Kita Adalah Bangsa Nusantara. Satu Ketika Dulu, Kita Adalah Satu Rumpun Bangsa Yang Merdeka Belayar Dan Merantau Ke Mana Jua. Bebas Tak Terkata. Kerana Nusantara Adalah Negara Kita. Kepulauan Melayu, Kata Para Pelayar Dahulu Kala. Ada Juga Yang Berkata, Itu Nusantara. The Malay Archipelago, Para Pelayar Dan Kolonialis Barat Berkata. Ekoran Kelemahan Kita. Kita Dijajahi Para Penjajah Durjana. Portugis, Sepanyol, British Dan Belanda. Hasil Mahsul Habis Dikaut Tak Terkira. Untuk Kayakan Negara Mereka. Ratusan Tahun Kita Menderita. Akhirnya, Kita Bebas Juga. Kini, Kita Telah Merdeka. Tetapi, Mungkin Dari Aspek Lahiriah Saja. Bagaimana Pula Dengan Minda? Pemikiran Kita Terus Dibelenggu Dengan Asakan Pelbagai Agenda Dan Media. Bangsa, Agama Dan Nusa Telah Diperkosa Dan Dinista. Sehingga Mencetus Sengketa Sesama Kita. Bangkitlah Dari Tidur Yang Lena. Sebelum Kita Dijajahi Semula. Dalam Bentuk Yang Berlainan Rupa. Sehingga Hilang Nikmat Kemerdekaan Buat Selama-Lama. ...

Utusan Malaysia Terus Bernafas

Rabu, 21 Ogos 2019/20 Zulhijah 1440H - Utusan Melayu/Utusan Malaysia masih belum berkubur seperti yang dimahukan oleh musuh-musuh mereka. Ia masih bernafas kencang dengan pengenalan dan suntikan beberapa strategi baru untuk menghadapi hari muka. Selaku Media Arus Perdana yang menjadi Suara Keramat Orang Melayu dan Islam sejak 80 tahun lalu, ia harus hidup untuk terus membela serta mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Dalam sejarahnya, ia juga tidak pernah mengabaikan perjuangan dan tanggungjawabnya terhadap Bangsa dan Agama lain.  Utusan Melayu Press Limited ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura dengan diasaskan oleh Allahyarham Yusuf Ishak, Mantan Presiden Pertama Singapura. Ia kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1958 selepas Tanah Melayu Merdeka. Sejak penubuhannya, ia telah menjadi Lidah dan Nadi Rasmi orang Melayu dan Islam yang sering memperjuangkan perihal Bangsa Melayu, Ba...