Skip to main content

Utusan Malaysia Terus Bernafas

Rabu, 21 Ogos 2019/20 Zulhijah 1440H - Utusan Melayu/Utusan Malaysia masih belum berkubur seperti yang dimahukan oleh musuh-musuh mereka. Ia masih bernafas kencang dengan pengenalan dan suntikan beberapa strategi baru untuk menghadapi hari muka.

Selaku Media Arus Perdana yang menjadi Suara Keramat Orang Melayu dan Islam sejak 80 tahun lalu, ia harus hidup untuk terus membela serta mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Dalam sejarahnya, ia juga tidak pernah mengabaikan perjuangan dan tanggungjawabnya terhadap Bangsa dan Agama lain. 

Utusan Melayu Press Limited ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura dengan diasaskan oleh Allahyarham Yusuf Ishak, Mantan Presiden Pertama Singapura. Ia kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1958 selepas Tanah Melayu Merdeka.

Sejak penubuhannya, ia telah menjadi Lidah dan Nadi Rasmi orang Melayu dan Islam yang sering memperjuangkan perihal Bangsa Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam, Kemerdekaan dan Tanah Melayu tercinta. Ia turut menjadi wadah para Intelek, Cendikiawan dan Nasionalis Melayu untuk menyuarakan pandangan dan perjuangan mereka bagi menentang penjajahan British.

Akhirnya, ia telah berjaya menyatu dan membangkitkan semangat Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu untuk berjuang menentang Malayan Union, mendapatkan Kemerdekaan Tanah Melayu serta menyekat ancaman Pengganas Komunis.

Jasa Utusan Melayu yang bermula dengan tulisan Jawi amat banyak kepada orang Melayu. Tanpanya, orang Melayu yang ketika itu ketandusan bahan bacaan dan maklumat, tidak akan tahu perihal perkembangan Tanah Air mereka sendiri. Tanpanya, Kemerdekaan Negara belum pasti diperolehi pada tahun 1957. Tanpa perjuangannya juga, orang Melayu Islam dan Bangsa lain tidak akan mengecapi hidup aman dan bahagia seperti hari ini.

Kini, selepas 80 tahun menabur jasa kepada Nusa dan Bangsa, ia mula mengalami sedikit kegoyahan akibat masalah perniagaan, ekonomi, politik, kewangan dan pengenalan teknologi canggih.

Beberapa faktor utama telah mengganggu-gugat prestasinya. Di antaranya ialah -

1. Penjualan akhbar yang merosot.
2. Kos Percetakan Yang Tinggi.
3 Percaturan Politik yang menjejaskan penjualan, pemasaran dan pengiklanannya.
4. Ekonomi Malaysia dan dunia yang tidak menentu.
5. Pusingan kewangan yang goyah kerana UMNO tidak lagi berkuasa dan bukan lagi menjadi Pemegang Saham Terbesar.
6. Teknologi Canggih Dunia Digital di mana ramai pembaca sekarang lebih gemar membaca Akhbar Online berbanding Akhbar Cetak.
7. Dan beberapa masalah lain.

Untuk mengatasi masalah di atas, saya berpendapat -

1. Agar Akaun UMNO tidak dibekukan lagi bagi menyuntik bantuan kepada Utusan walaupun UMNO tidak lagi menjadi Pemegang Saham Terbesar Utusan.
2. Para Jutawan Melayu Islam perlu membantu dengan membeli Saham Utusan untuk menjadikannya berdaya saing.
3. Syarikat-syarikat Melayu Islam dan Bumiputera perlu mempamerkan Iklan mereka dalam Utusan.
4. Jutaan orang Melayu Islam dan Bumiputera di Malaysia perlu memberi sokongan kepada Utusan dengan membeli atau melanggan Akhbar tersebut.
5. Jika perlu, jutaan orang Melayu Islam dan Bumiputera di Malaysia perlu Menderma hanya RM1 seorang setiap bulan kepada Utusan untuk memulihkannya kembali.
6. Jutaan Orang Melayu Islam perlu mengenepikan perbezaan Politik mereka demi kelangsungan hidup (survival) Utusan, sebuah Institusi dan Syarikat Melayu. 

7. Jika para Jutawan Cina dan India, masyarakat Cina dan India boleh berbuat demikian untuk menyelamat dan memulihkan Akhbar, Sekolah, Perniagaan, Politik dan Institusi mereka, mengapa tidak Bangsa Melayu.

Fikir-Fikirkan!

* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Penulis pernah berkhidmat di LPK, Eric White Associates Public Relations Consultants (Hill And Knowlton Group USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum bertukar menjadi Freelancer dan Blogger.             
   


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...