Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Rabu, 28 Syaaban 1441H, 22 April 2020M AsSalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda semua dan semoga anda sentiasa mendapat Rahmat Allah. Di samping itu, saya sekeluarga turut menyusun sepuluh jari memohon Jutaan Ampun dan Maaf di atas segala Salah Silap kami di sepanjang persahabatan, pergaulan dan perhubungan kita selama ini. Maaf Zahir Batin Dipinta Semoga Persaudaraan Kita Kekal Selama-Lamanya Wassalam.      Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga

Covid-19 - Pandemik Abad Ke-21

Isnin, 13 April 2020 - 19 Syaaban 1441H Saya tidak terfikir sama sekali bahawa dalam usia saya ini saya akan bertemu dengan satu Wabak yang akan menyerang dan melumpuhkan aktiviti seluruh dunia. Rupa-rupanya, saya berpeluang juga bertemu dan mengalami fenomenanya. Sebelum ini, saya pernah membaca sejarah Wabak Spanish Flu yang telah menyerang Amerika dan Eropah pada tahun 1918. Ia telah mengorbankan jutaan nyawa. Tetapi, tidak terlintas di hati saya bahawa Wabak seperti ini akan turut berlaku pada zaman saya. Influenza (Virus) yang dipanggil Covid-19 ini bermula di Wuhan, China pada akhir tahun 2019. Kerajaan China amat merahsiakan perihal Wabak ini. Pada mulanya mereka memberi tahu pihak WHO bahawa Wabak ini tidak akan menular kepada manusia (no human to human transmission). Akhirnya, ia telah merebak ke seluruh dunia dan menjangkiti lebih sejuta manusia serta mengorbankan lebih 100,000 nyawa. Ia telah menjadi Pandemik. Wuhan telah di 'Lockdown' seluruhnya dan para D...