Skip to main content

Covid-19 - Pandemik Abad Ke-21

Isnin, 13 April 2020 - 19 Syaaban 1441H

Saya tidak terfikir sama sekali bahawa dalam usia saya ini saya akan bertemu dengan satu Wabak yang akan menyerang dan melumpuhkan aktiviti seluruh dunia. Rupa-rupanya, saya berpeluang juga bertemu dan mengalami fenomenanya.

Sebelum ini, saya pernah membaca sejarah Wabak Spanish Flu yang telah menyerang Amerika dan Eropah pada tahun 1918. Ia telah mengorbankan jutaan nyawa. Tetapi, tidak terlintas di hati saya bahawa Wabak seperti ini akan turut berlaku pada zaman saya.

Influenza (Virus) yang dipanggil Covid-19 ini bermula di Wuhan, China pada akhir tahun 2019. Kerajaan China amat merahsiakan perihal Wabak ini. Pada mulanya mereka memberi tahu pihak WHO bahawa Wabak ini tidak akan menular kepada manusia (no human to human transmission). Akhirnya, ia telah merebak ke seluruh dunia dan menjangkiti lebih sejuta manusia serta mengorbankan lebih 100,000 nyawa.

Ia telah menjadi Pandemik.

Wuhan telah di 'Lockdown' seluruhnya dan para Doktor mereka telah diminta untuk merahsiakan Wabak ini. Seorang Doktor yang bertanggungjawab terhadap Wabak ini telah terkorban.

Kini, ia telah menjadi satu Isu yang amat besar dan seluruh dunia telah mula menuding jari ke arah Beijing. Apa sebenarnya yang berlaku di Wuhan? Apakah punca Wabak ini? Apakah jenis Wabak ini? Beijing masih menyembunyikan fakta dan tidak memberitahu perkara sebenar kepada WHO!

Terkini, dua buah Universiti, Fudan University dan China University telah menerbitkan penyelidikan akademik mereka tentang Covid-19 di laman sesawang mereka. Ia kemudiannya telah dipadamkan (deleted). Apakah semua ini? Ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh Beijing?     

- ends -
 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...