Jumaat, 7 Zulkaedah 1442H/18 Jun 2021 - Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah, saya serta Isteri telah memperolehi Dos Kedua Vaksin Pfizer pada 15 Jun lalu di KKPandamaran, Pelabuhan Klang. Kami telah mendapat suntikan tersebut dalam masa tidak sampai setengah jam setelah tiba di pusat tersebut. Tahniah dan Syabas kepada para petugas Bahagian Hadapan (the Frontliners) KKPandamaran di atas kecekapan dan kerja cemerlang anda semua. Dengan suntikan ini, adakah kami telah diberikan Pasport untuk bebas bergerak ke sana-sini untuk bertemu sanak saudara atau rakan taulan tanpa batasan? Tidak! No, no, no! Kami masih terikat dengan SOP yang ditetapkan sehinggalah Negara mencapai sasaran Imuniti Kelompok, iaitu lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya. Sudahkah kita mendekati sasaran tersebut? Belum lagi. Perjalanan masih panjang. Sehingga kini, lebih 3 juta penduduk telah mendapat Dos Pertama dan lebih Sejuta telah memperolehi Dos Kedua. Ini bermakna s...