Skip to main content

Proses Vaksinasi Dipergiat

 Jumaat, 7 Zulkaedah 1442H/18 Jun 2021 - Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah, saya serta Isteri telah memperolehi Dos Kedua Vaksin Pfizer pada 15 Jun lalu di KKPandamaran, Pelabuhan Klang.

Kami telah mendapat suntikan tersebut dalam masa tidak sampai setengah jam setelah tiba di pusat tersebut. Tahniah dan Syabas kepada para petugas Bahagian Hadapan (the Frontliners) KKPandamaran di atas kecekapan dan kerja cemerlang anda semua.

Dengan suntikan ini, adakah kami telah diberikan Pasport untuk bebas bergerak ke sana-sini untuk bertemu sanak saudara atau rakan taulan tanpa batasan? Tidak! No, no, no! 

Kami masih terikat dengan SOP yang ditetapkan sehinggalah Negara mencapai sasaran Imuniti Kelompok, iaitu lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya.

Sudahkah kita mendekati sasaran tersebut? Belum lagi. Perjalanan masih panjang.

Sehingga kini, lebih 3 juta penduduk telah mendapat Dos Pertama dan lebih Sejuta telah memperolehi Dos Kedua. Ini bermakna sasaran kita masih jauh lagi.

Mulai 15 Jun, lebih 200,000 dos suntikan telah diberikan sehari dan angka ini dijangka akan meningkat ke 300,000 dos sehari dalam masa terdekat untuk menepati sasaran 80 peratus penduduk sebelum akhir tahun. 

Ini bermakna lebih 26 juta penduduk Malaysia perlu divaksinasi sepenuhnya sebelum akhir tahun untuk membolehkan kita keluar daripada Kepompong PKP serta membuka lebih banyak sektor ekonomi dan sosial. In Sya Allah, kita akan berjaya mengatasi segala Ujian ini dan hidup normal kembali seperti zaman pra-pandemik.

Walau bagaimanapun, segala-galanya bergantung kepada pemerolehan bekalan Vaksin yang perlu diimport daripada para Pengilang Luar, dan kerjasama Rakyat Malaysia. Kekangan bekalan Vaksin daripada pihak luar serta sikap tidak acuh sebilangan rakyat Malaysia boleh menjejaskan Sasaran ini. Tetapi, saya yakin Kerajaan Malaysia akan dapat menangani semua masalah ini. In Sya Allah.

#KitaJagaAllah, AllahJagaKita. KitaJagaKita, KitaJagaSemua.

- tamat -


Pernah bertugas di LPK sebelum menyertai Eric White Associates (Hill & Knowlton Group USA) dan Al-Sadiq Consultants. Kini WFH sebagai Freelancer dan Blogger.  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...