Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Meter SMART, Inflasi Dan Kejatuhan Ringgit

 Selasa, 22 Zulhijah 1444H, 11 Julai 2023 Semalam, 10 Julai, Meter SMART (SMART Meter) telah dipasang di rumah saya oleh Kontraktor TNB. Saya bertanya, "Adakah wajib untuk dipasang?" Jawab kakitangan tersebut, "Tak pasti Pak Cik." Sambungnya, "Jika tidak dipasang oleh kami, TNB akan mengutus surat dan kakitangan TNB akan memasangnya." Saya mengeluh dan berkata, "Nampaknya bil bulanan Pak Cik melambung naiklah." Beliau berkata, "Nampaknya begitulah Pak Cik." Oleh itu, mahu tak mahu, kena pasang jugalah. Dengan pemasangan Meter SMART ini, TNB dapat memantau penggunaan kita secara Jarak Jauh dan kita juga boleh memantau penggunaan seharian kita dengan log masuk ke Laman Web TNB. Cara hendak log masuk, kita perlu ikuti prosedur Log In mereka. Dengan pemasangan Meter SMART ini, bil bulanan kita dijangka meningkat. Ramai pengguna yang telah dilengkapi dengan Meter SMART ini berkata begitu.  Bijak Pandai berkata, "Jika kita tidak dapat me...