Skip to main content

Meter SMART, Inflasi Dan Kejatuhan Ringgit

 Selasa, 22 Zulhijah 1444H, 11 Julai 2023

Semalam, 10 Julai, Meter SMART (SMART Meter) telah dipasang di rumah saya oleh Kontraktor TNB. Saya bertanya, "Adakah wajib untuk dipasang?" Jawab kakitangan tersebut, "Tak pasti Pak Cik." Sambungnya, "Jika tidak dipasang oleh kami, TNB akan mengutus surat dan kakitangan TNB akan memasangnya." Saya mengeluh dan berkata, "Nampaknya bil bulanan Pak Cik melambung naiklah." Beliau berkata, "Nampaknya begitulah Pak Cik."

Oleh itu, mahu tak mahu, kena pasang jugalah. Dengan pemasangan Meter SMART ini, TNB dapat memantau penggunaan kita secara Jarak Jauh dan kita juga boleh memantau penggunaan seharian kita dengan log masuk ke Laman Web TNB. Cara hendak log masuk, kita perlu ikuti prosedur Log In mereka.

Dengan pemasangan Meter SMART ini, bil bulanan kita dijangka meningkat. Ramai pengguna yang telah dilengkapi dengan Meter SMART ini berkata begitu. 

Bijak Pandai berkata, "Jika kita tidak dapat mengubah sesuatu keadaan, kita perlu ubah cara kita respon dan bertindak terhadap sesuatu keadaan itu." Caranya ialah dengan mengubah cara kita menggunakan Elektrik, dan sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat. 

Salah satu caranya ialah mulai sekarang, kita hanya gunakan Penghawa Dingin (Aircon}, lampu, kipas, TV. alat elektrik dan lain-lain apabila perlu saja. Jika tidak perlu, jangan buka. Selepas digunakan, tutup suisnya. Kita perlu kikis sikap lama yang tidak ambil kisah dengan penggunaan Elektrik. Jika tidak, kita juga yang terbeban.

Inflasi

Harga barangan kian meningkat saban hari. Salah satu faktor penyumbang kepada masalah ini ialah Kejatuhan Nilai Ringgit berbanding Wang Asing. 

Malaysia adalah sebuah negara Pengimport yang banyak bergantung kepada pengimportan barangan luar. Apabila nilai Ringgit jatuh dan nilai Wang Asing meningkat, barangan import akan menjadi mahal yang terpaksa ditanggung oleh para pengguna tempatan.

Para pengeluar barangan tempatan juga turut menyumbang kepada kenaikan harga ekoran kos sampingan yang naik. Terdapat juga pengeluar dan pekedai yang menaikkan harga barang sesuka hati untuk kepentingan mereka. Semua ini menyumbang kepada kenaikan harga barang.

Untuk menangani masalah ini, kita perlu mengamalkan hidup berjimat cermat. Kita perlu beli barang yang perlu saja. Jika tidak perlu, jangan beli. Kita perlu utamakan makan di rumah berbanding makan di luar. Makanan di rumah bukan saja menjimatkan kos, tetapi juga lebih bersih, enak dan berkhasiat.

Amalkan juga "Makan Untuk Hidup, Bukan Hidup Hendak Makan Saja." Pendekatan ini bukan saja akan menjimatkan kos, tetapi juga mengelakkan kejadian Obesiti dan menjadikan kita lebih sihat. Apabila ke pasar, beli apa yang perlu saja. Jangan beli ikut selera, tetapi beli ikut keperluan. Jangan beli pakaian atau peralatan baru jika pakaian atau peralatan lama masih baik dan boleh digunakan.

Sebenarnya, banyak lagi pendekatan jimat cermat yang boleh kita amalkan untuk menjimatkan kos sara hidup kita. Saya yakin Anda semua lebih maklum!

Kejatuhan Nilai Ringgit

Pada hari ini, kadar nilai Ringgit berbanding wang asing adalah seperti berikut: - Dolar Amerika $1 - RM4.66, Dolar Singapura $1 - RM3.47, Pound Sterling 1 Pound - RM6.00, Riyal Saudi 1 Riyal - RM1.24. Ini menunjukkan bahawa nilai Ringgit telah jatuh menjunam berbanding beberapa tahun dulu. 

Kejatuhan nilai Ringgit menjadikan kos barangan eksport kita ke negara-negara asing menjadi murah.  Walau bagaimanapun, segala-galanya terserah kepada mereka untuk membeli atau pun tidak. Di pasaran dunia sekarang terdapat beberapa buah negara yang menawarkan barangan eksport lebih murah daripada Malaysia walaupun nilai Ringgit telah merosot. Keadaan ini memberikan tamparan besar kepada Malaysia. Sekarang, kita perlu memikirkan pendekatan baru untuk menjadikan barangan kita lebih kompetitif berbanding barangan mereka.

Kos Import kita menjadi mahal dan menyumbang kepada kenaikan harga barangan Import dan Inflasi.

Kos biasiswa dan perbelanjaan para pelajar kita di luar negara turut meningkat dengan besar. Ia bukan saja membebankan mereka, tetapi juga turut menjejaskan peluang penghantaran para pelajar baru ke seberang laut, terutama sekali para pelajar Bumiputera.

Keadaan ini juga turut membatasi pelancongan rakyat kita ke luar negara. Kita perlu berbelanja lebih besar sekarang untuk ke luar negara. Sehubungan itu, eloklah kita tangguhkan hasrat itu buat sementara waktu sehingga nilai Ringgit kita stabil. Melancong saja dalam negara untuk menjimatkan kos di samping membantu memulihkan kembali ekonomi kita. 

Ekoran kejatuhan nilai Ringgit, bilangan para pelancong asing ke Malaysia dijangka akan bertambah. Ini akan membantu meningkatkan ekonomi tempatan dan sekaligus dapat mengukuhkan sedikit nilai mata wang kita. Tetapi, pastikan para pelancong yang masuk perlu keluar dan kembali semula ke negara masing-masing pada waktu yang ditetapkan. Jangan pula ada yang tidak balik dan bersembunyi di negara ini yang bakal menimbulkan masalah kepada negara.

Di atas adalah sekilas pandangan ringkas dan ringan saya mengenai tajuk-tajuk yang dipaparkan. Sebenarnya, banyak lagi yang boleh diperincikan. Saya percaya, Anda semua, para pembaca Blog ini, lebih maklum dan arif tentang tajuk dan perkara yang dinukilkan. 

Kurangkan Belanja, Banyakkan Menabung. Spend Less, Save More.

- Tamat -


Pernah berkhidmat di LPK, Eric White Associates, Public Relations Consultants (Hill And Knowlton Group USA) dan  Al-Sadiq Consultants, sebelum beralih kepada Freelancer dan Blogger.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...