Ahad 26 Muharam 1445H/13 Ogos 2023 Debaran menanti Keputusan PRN 6 Negeri telahpun berakhir. Keputusannya Status Quo - PH/BN 3 dan PN 3 seperti sebelum PRN 2023. Tetapi, bilangan Kerusi yang dimenangi berbeza. Daripada 245 jumlah Kerusi yang ditandingi di 6 negeri, Perikatan Nasional (PN) telah memenangi 146 Kerusi, sementara PH/BN hanya memenangi 99 Kerusi. Ini jelas menunjukkan pada keseluruhannya prestasi PN lebih mantap daripada PH/BN. PN sapu bersih di Terengganu, dan hampir sapu bersih di Kelantan dan Kedah. Di Selangor (PH stronghold), PN telah menerobos masuk ( make an inroad ) dengan memenangi 22 Kerusi daripada 56 Kerusi yang ditandingi, dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti PH/BN. Sebelum ini PN hanya menguasai 5 Kerusi. Azmin Ali (PN) turut menang di Kerusi Hulu Kelang. Di Pulau Pinang, PN telah memenangi 11 Kerusi berbanding 1 Kerusi sebelum ini. Yang paling mengejutkan, Kerusi-Kerusi dalam kawasan Parliamen Permatang Pauh (kubu kuat PKR) telah dimenangi oleh c...