Skip to main content

Analisis Mudah PRN 6 Negeri

Ahad 26 Muharam 1445H/13 Ogos 2023

Debaran menanti Keputusan PRN 6 Negeri telahpun berakhir. Keputusannya Status Quo - PH/BN 3 dan PN 3 seperti sebelum PRN 2023. Tetapi, bilangan Kerusi yang dimenangi berbeza.

Daripada 245 jumlah Kerusi yang ditandingi di 6 negeri, Perikatan Nasional (PN) telah memenangi 146 Kerusi, sementara PH/BN hanya memenangi 99 Kerusi. Ini jelas menunjukkan pada keseluruhannya prestasi PN lebih mantap daripada PH/BN.

PN sapu bersih di Terengganu, dan hampir sapu bersih di Kelantan dan Kedah. Di Selangor (PH stronghold), PN telah menerobos masuk ( make an inroad ) dengan memenangi 22 Kerusi daripada 56 Kerusi yang ditandingi, dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti PH/BN. Sebelum ini PN hanya menguasai 5 Kerusi.

Azmin Ali (PN) turut menang di Kerusi Hulu Kelang. 

Di Pulau Pinang, PN telah memenangi 11 Kerusi berbanding 1 Kerusi sebelum ini. Yang paling mengejutkan, Kerusi-Kerusi dalam kawasan Parliamen Permatang Pauh (kubu kuat PKR) telah dimenangi oleh calon-calon PN.

PH/BN mantap di Negeri Sembilan dengan memenangi 31 Kerusi sementara PN hanya memperolehi 5 Kerusi.

Selain masalah Ekonomi, Inflasi dan Kejatuhan Matawang, keputusan ini turut menggambarkan bahawa majoriti orang Melayu sekarang telah beralih kepada PN dan mula meninggalkan UMNO/BN. Bagi mereka, UMNO kini tidak relevan lagi untuk memperjuangkan nasib masa depan mereka.

UMNO telah bertanding di 108 buah Kerusi dan hanya menang 19 Kerusi. Dari sudut peratusan, mereka hanya memperolehi 17.5%.

Peratusan keluar mengundi agak rendah, Dikatakan oleh SPR di sekitar 60 - 70 peratus. Mengikut sebilangan analyst, sekiranya jumlah peratusan lebih tinggi, kemungkinan besar PN akan menang lebih banyak Kerusi.

* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi penulis tanpa sebarang prejudis.


* Penulis pernah bertugas di LPK sebelum menyertai Eric White Associates, Public Relations Consultants (Hill And Knowlton Group USA) dan Al-Sadiq Consultants sebelum beralih kepada Freelancer dan Blogger.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...