Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

Wabak Skrin

 Selasa, 21 Syawal 1445H, 30 April 2024 Dunia kini sedang dilanda wabak skrin. Jutaan manusia di seluruh dunia telah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian mereka dengan terpaku kepada skrin. Sama ada tua mahu pun muda, remaja atau kanak-kanak, mereka telah menggunakan terlalu banyak masa di depan skrin Telefon Pintar, Laptop, Tablet dan Televisyen sehingga menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal mereka. Mereka terperangkap dengan skrin ini sehingga melupakan interaksi sosial dan aktiviti luar yang begitu penting untuk kecerdasan otak dan kecergasan badan. Yang paling ketara dilanda wabak ini ialah golongan remaja dan kanak-kanak. Di mana saja kita pergi sekarang, kita pasti bersua dengan mereka yang lebih mengutamakan Telefon Pintar berbanding ibu bapa, rakan-rakan dan saudara mara di sekeliling mereka. Wabak ini turut menular ke ruang masjid, surau dan dalam kenderaan sehinggakan para pemandu didapati sering melayani Telefon Pintar sambil memandu. Tabiat ini bukan...