Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Hari Keluarga Raja Shahardin Dan Raja Fatimah (Family Day)

 16 Muharram 1446H/22 Julai 2024 Nenek kita sering berpesan, ikatan dan kasih sayang Persaudaraan amat peinting dan perlulah diutamakan, Kata mereka lagi,"Yang Jauh Hendaklah Didekatkan dan Yang Dekat Hendaklah Dimesrakan." Nasihat ini jelas membayangkan betapa pentingnya Silaturahim di kalangan Keluarga agar ia sentiasa bertaut bak Air Dicincang Takkan Putus. Berteraskan semangat ini dan demi mengeratkan lagi Silaturahim Keluarga, kami telah mengadakan Hari Keluarga Raja Shahardin dan Raja Fatimah pada 20.7.2024 dan 21.7.2024 di Teratak Tok Ngah, Tanjung Karang.  Teratak ini terletak berhampiran kawasan Sawah Padi Tanjung Karang yang luas saujana mata memandang di samping menyajikan pandangan yang indah, segar, nyaman dan menghijau, jauh berbeza daripada hiruk-pikuk Bandar dan Pekan yang sering berdebu.  Suasana Sawah bendang ini benar-benar mententeramkan Jiwa serta menyegarkan Tubuh Badan. Ia ibarat satu suntikan antidote semulajadi kepada kami semua. Kami mula tiba di...