Skip to main content

Hari Keluarga Raja Shahardin Dan Raja Fatimah (Family Day)

 16 Muharram 1446H/22 Julai 2024

Nenek kita sering berpesan, ikatan dan kasih sayang Persaudaraan amat peinting dan perlulah diutamakan, Kata mereka lagi,"Yang Jauh Hendaklah Didekatkan dan Yang Dekat Hendaklah Dimesrakan."

Nasihat ini jelas membayangkan betapa pentingnya Silaturahim di kalangan Keluarga agar ia sentiasa bertaut bak Air Dicincang Takkan Putus.

Berteraskan semangat ini dan demi mengeratkan lagi Silaturahim Keluarga, kami telah mengadakan Hari Keluarga Raja Shahardin dan Raja Fatimah pada 20.7.2024 dan 21.7.2024 di Teratak Tok Ngah, Tanjung Karang. 

Teratak ini terletak berhampiran kawasan Sawah Padi Tanjung Karang yang luas saujana mata memandang di samping menyajikan pandangan yang indah, segar, nyaman dan menghijau, jauh berbeza daripada hiruk-pikuk Bandar dan Pekan yang sering berdebu. 

Suasana Sawah bendang ini benar-benar mententeramkan Jiwa serta menyegarkan Tubuh Badan. Ia ibarat satu suntikan antidote semulajadi kepada kami semua.

Kami mula tiba di Teratak ini seawal 10 pagi. Pada jam 12 tengah hari, boleh dikatakan seluruh Keluarga kami telah selamat sampai dengan semangat Silaturahim yang berkobar-kobar.

Selepas makan tengah hari dan Solat Zohor, pelbagai aktiviti Sukaneka telah dimulakan dalam suasana panas terik. Maklumlah di Kawasan Sawah Padi! Mereka yang menang di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga dihadiahkan pelbagai hadiah menarik.

Ketika Sukaneka Orang Dewasa diadakan, kanak-kanak mula memenuhi Kolam Renang untuk berenang, bermain air dan bersuka-ria. Mereka melihat Kolam Renang bak Itek Mendapat Kolam! Sungguh gembira melihat cucu-cucu dan cucu-cucu saudara bermain bersama dalam suasana Persaudaraan!

Pada sebelah petang, kira-kira jam 5.30 ptg, 'Keretapi Berkepala Traktor' tiba untuk membawa kami bersiar-siar di sekitar Kawasan Sawah Padi Tanjung Karang. Pelancongan ini mengambil masa hampir 2 jam. Jenuh kami duduk dan berdiri di dalam Keretapi ini sambil menikmati suasana Sawah Padi yang indah lagi menghijau.

Sesudah Solat Maghrib dan makan malam, pelbagai aktiviti lain diadakan. Ia dimulai dengan majlis Penyampaian Hadiah kepada mereka yang menang di siang hari. Bersorak-sorak dan gembira betul mereka yang menang! Yang kalah turut tersenyum dan gembira dalam suasana Permuafakatan Hari Keluarga!

Kemudian, acara Golek Botol untuk memenangi hadiah yang Ditempatkan di atas Meja diadakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Semuanya diadakan dan diraikan dalam suasana Persaudaraan dan Kemesraan! Tidak Ada Yang Kalah. Semuanya Menang. Menang Keakraban, Silaturahim dan Persaudaraan!

BBQ turut diadakan pada malam itu. Ikan dan Ayam Barbeku disajikan untuk mereka yang berminat dan berselera. Terima Kasih kepada Raja Amirul, Hafiz dan Faiq yang berpanasan menyediakan BBQ.

Pada pagi Ahad, selepas Sarapan, Acara Senamrobik telah diadakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Selepas banyak Makan, senaman diperlukan untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan otak!

Sebagai Warga Emas, pada awal pagi saya bersenam dengan berjalan kaki di sekitar kawasan sawah sambil menghirup udara bersih dan segar. Sunggh nyaman, tenteram dan menyegarkan!

Sebelum makan tengah hari, Acara Karaoke diadakan untuk orang-orang muda. Masing-masing berjaya menampilkan bakat terpendam mereka. Ada yang lunak dan ada juga yang serak-serak basah!

Kami mula beransur-ansur pulang selepas makan tengah hari dan Solat Zohor. Pada jam 4 petang, hampir seluruh sanak-saudara telah meninggalkan Teratak Tok Ngah dengan penuh Kenangan Manis.

Jutaan Terima Kasih dan Syabas kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penganjur Hari Keluarga dan lain-lain kerana telah berjaya mengadakannya dengan Penuh Sukses. Syabas!

Kepada mereka, Raja Zarina, Raja Faridah, Jue, Siti Sarah, Siti Diyana, Mazlinda, Denawati, Raja Aminah, Raja Adibah, Raja Nurul, Raja Ain, Yati, Wan Azlinda, Wan Aziah, Wan Azimah, Wan Azrul, Wan Azlan, Raja Amirul, Raja Anas, Raja Fakhrul dan lain-lain, dirakamkan Jutaan Terima Kasih dan Syabas sekali lagi. Well Done, Saludo and Cheers to all of you!  

Syabas dan Jutaan Terima juga kepada seluruh Keluarga Besar Raja Shahardin dan Raja Fatimah yang sudi menyerikan Hari Keluarga 2024. Mereka terdiri daripada Keluarga Raja Yunus, Keluarga Raja Musahar, Keluarga Raja Halim Shah, Keluarga Raja Maznah, Keluarga Raja Akhmar, Keluarga Raja Sharif, Raja Kamariah, Keluarga Raja Zubaidah, Keluarga Raja Idris, Keluarga Raja Harman Shah dan Keluarga Raja Kalsom.

Memandangkan Hari Keluarga Raja Shahardin dan Raja Fatimah 2024 berjaya diadakan dengan penuh Bergaya dan Sukses, saya harap Majlis yang serupa dapat diadakan pada tahun-tahun mendatang demi Silaturahim dan Keakraban Persaudaraan.

Syabas dan Jumpa Lagi!



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...