Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2024

Perjumpaan Keluarga (Family Gathering And Retreat)

Rabu, 30 Oktober 2024, 27 Rabiul Akhir 1446H Bukan senang hendak mengumpulkan seluruh keluarga dalam satu-satu masa. Pada Hari Raya pun sukar! Maklumlah, masing-masing ada program tersendiri. Akhirnya, pada 25 Oktober 2024, bertempat di Staycation Anjung Semarak, Kg Sg Kelambu, Banting, kami telah berjaya berkumpul seluruh keluarga dalam satu Majlis Perjumpaan Keluarga (Family Gathering and Retreat). Kami mula tiba di Anjung ini pada jam 4 petang. Sebelum jam 6 petang, seluruh keluarga telah selamat sampai dari lokasi masing-masing. Saya, isteri, 5 orang anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, dapat bertemu dan berkumpul bersama dalam suasana Kemesraan Family Bonding.   Selepas mengambil bilik masing-masing, Kolam Renang telah menjadi fokus utama cucu-cucu saya. Tanpa berlengah, mereka semuanya terjun ke dalam Kolam Renang untuk berenang, bermain air dan bersuka ria sesama sepupu.  Saya amat gembira melihat mereka bermain dan bermesra bersama dalam satu semangat Kekeluargaan...