Skip to main content

Perjumpaan Keluarga (Family Gathering And Retreat)

Rabu, 30 Oktober 2024, 27 Rabiul Akhir 1446H

Bukan senang hendak mengumpulkan seluruh keluarga dalam satu-satu masa. Pada Hari Raya pun sukar! Maklumlah, masing-masing ada program tersendiri.

Akhirnya, pada 25 Oktober 2024, bertempat di Staycation Anjung Semarak, Kg Sg Kelambu, Banting, kami telah berjaya berkumpul seluruh keluarga dalam satu Majlis Perjumpaan Keluarga (Family Gathering and Retreat).

Kami mula tiba di Anjung ini pada jam 4 petang. Sebelum jam 6 petang, seluruh keluarga telah selamat sampai dari lokasi masing-masing.

Saya, isteri, 5 orang anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, dapat bertemu dan berkumpul bersama dalam suasana Kemesraan Family Bonding.  

Selepas mengambil bilik masing-masing, Kolam Renang telah menjadi fokus utama cucu-cucu saya. Tanpa berlengah, mereka semuanya terjun ke dalam Kolam Renang untuk berenang, bermain air dan bersuka ria sesama sepupu. 

Saya amat gembira melihat mereka bermain dan bermesra bersama dalam satu semangat Kekeluargaan, Keriangan dan Kemesraan. Mereka berendam di Kolam sehingga sebelum Maghrib.

Selepas Solat Maghrib, kami mengadakan acara Barbeku di perkarangan sebelahan Kolam Renang. Anak-anak dan menantu-menantu bekerjasama menyediakan pelbagai makanan dan minuman untuk malam pertama kami di Anjung.

Acara paling Surprise di malam itu ialah kemunculan Sebiji Kek Hari Jadi di meja untuk meraikan Hari Jadi saya yang ke- dot dot dot! Terima Kasih kepada Anis dan Haikal kerana sudi menyediakan Kek Hari Jadi untuk Ayah. Memang Surprise dan tak diduga!

Di meja makan, kami turut berbual mesra dan bertanya khabar tentang keluarga dan keadaan masing-masing. Maklumlah, bukan senang hendak berkumpul seluruh keluarga dalam satu-satu masa! 

Alhamdulillah, semua anak, menantu dan cucu berada dalam keadaan baik, dan terus melangkah maju ke depan.

Sarapan, makan tengah hari dan malam dengan pelbagai juadah enak telah disediakan oleh anak-anak dan menantu-menantu perempuan. Thanks to all of you for the delicious foods and drinks.  

Kami bergerak pulang meninggal Anjung sebelum jam 12 tengah hari, Ahad 27 Oktober. Sebelum itu, kami pastikan keadaan Anjung berada dalam keadaan baik, bersih dan tersusun. 

Terima Kasih kepada anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kerana menjadikan Family Gathering ini satu realiti. Ia benar-benar berjaya dari aspek Family Bonding yang mengeratkan lagi tali silaturahim Kekeluargaan.

Saya harap Family Gathering ini adalah yang Pertama daripada beberapa Gathering akan datang. In Sya Allah, kita akan mengadakannya pada setiap tahun demi Family Bonding, di tempat-tempat yang lain pula. 

Thanks and Cheers to all. All of you are Great. Love you all!

SWALK - Sealed With A Loving Kiss.

Ends

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...