Khamis 10 Julai 2025, 14 Muharam 1447 Apa saja yang berkaitan dengan Tun Dr Mahathir, pastinya menarik. Saya rasa terkilan jika tidak merakamkan sesuatu tentang Dr Mahathir, terutama sekali tentang angka keramat Ke-100. Hari ini Tun Dr Mahathir sambut Hari Kelahiran Yang Ke-100. Dalam bahasa Inggeris, beliau dikatakan sebagai Centenarian dan SuperAger. Beliau lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar sementara isteri beliau, Tun Dr Hasmah lahir pada 12 Julai 1926 di Klang. Ini bererti dua hari lagi, Tun Dr Hasmah pula akan menyambut hari lahirnya yang ke-99. Sukacita saya rakamkan Selamat Hari Lahir Tun Dr Mahathir, dan Selamat Hari Lahir juga kepada Tun Dr Hasmah in advance. Amat jarang orang boleh mencecah usia seabad. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sihat, fizikal dan mental. Ketika ini Tun Dr Mahathir masih boleh berjalan tanpa tongkat serta mampu lagi menulis, bercakap dan berfikir dengan cerdas. Alhamdulillah. Sama ada kita Suka atau Tidak Suka dengan Dr Mahathir, ti...